Berkenaan dengan tajuk entri kali ini.
Saya memang
penggemar kafein!. Teh, Nescafe dan kopi juga
mempunyai kafein walaupun dalam jumlah yang berbeza. Tak kira pagi, petang atau
malam, minuman harian saya sebelum ini adalah kafein. Hehe..Namun semenjak mengambil supplemen Shaklee saya sudah kurangkan kafein dalam pemakanan saya...Jaga kesihatan lah konon....hihi.
Apa itu kafein?
75% kafein yang digunakan datangnya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya daripada coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada pengguna. Tapi
75% kafein yang digunakan datangnya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya daripada coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada pengguna. Tapi
Berapa banyak kafein yang akan
memudaratkan kesihatan?
Seperti biasa, saya akan minum paling
banyak pun dalam 3-4cawan sehari iaitu lebih kurang 300mg kafein. Jumlah ini
tidak akan memudaratkan kesihatan. Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam.
Dos yang akan membunuh adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100 cawan
kopi dalam masa 4 jam! Jumlah kafein bergantung pada cara penyediaan nya.
Mungkin kopi di Starbuck tidak sama dengan kopi di mamak! Berkenaan kafein
bukan rasanya ya!
Mari kita lihat kebaikannya berdasarkan
kajian.
1.
Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis
sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
2.
Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson,
25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80% kurang risiko
mendapat kerosakan hati.
3.
Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti
otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
4.
Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap
hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah
menerima pelajaran.
Antara kesan buruk jika meminum kopi
secara berlebihan ialah, rasa berdebar-debar, menggigil/ketar
tangan,meningkatkan paras kolesterol, gangguan tidur, tulang cepat reput.
0 comments:
Post a Comment