Nov 23, 2014

Imunisasi Hepatitis B

Unknown | Sunday, November 23, 2014 | 0Comments |
Sumber : Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 Nov 1988 telah membincangkan Imunisasi Hepatitis B. Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin untuk Imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci.


Keterangan/Hujah: 
 
Hepatitis B ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan Virus Hepatitis B. Virus ini terdapat pada cecair badan seseorang pesakit seperti pada darah, air liur, air mani dan mana-mana keluaran atau bendalir. Seorang pesakit atau pembawa penyakit Hepatitis B akan merebakkan virus ini apabila
cecair dari badan mereka masuk ke dalam tubuh orang lain melalui luka, persetubuhan, semasa proses kelahiran bayi, perkongsian jarum suntikan yang tercemar dan lain-lain lagi. Virus ini boleh menyerang segenap lapisan umur.
 
Seseorang yang mendapat jangkitan, kadar risiko untuk menjadi pembawa penyakit ini adalah bergantung kepada umur. Bagi bayi-bayi yang dijangkiti semasa lahir, risiko menjadi pembawa kronik ialah 90 hingga 95 peratus, manakala bagi golongan dewasa ialah 5 hingga 10 peratus. Kesan bahaya pesakit dan pembawa penyakit ini pada jangka masa panjang ialah penyakit kronik pada hati iaitu cirrhosis hati dan kanser hati yang boleh membawa kematian. Penyakit Hepatitis B ini boleh dicegah melalui vaksin yang digunakan untuk tujuan imunisasi.
 
Terdapat dua jenis vaksin bagi kegunaan imunisasi ini, iaitu vaksin yang diterbitkan dari plasma darah dan vaksin yang dihasilkan dari ragi untuk kegunaan program imunisasi ini. Tiga golongan akan diberi imunisasi ini, iaitu kepada bayi yang baru lahir, pekerja perubatan dan kesihatan, dan penagih-penagih dadah yang menggunakan suntikan.
 
Vaksin yang dihasilkan daripada ragi adalah lebih utama untuk kegunaan dalan imunisasi hepatitis B jika dibandingkan dengan vaksin yang dihasilkan oleh plasma darah. Ini adalah kerana ragi adalah bahan suci yang jelas dibenarkan oleh Islam.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog