Dec 6, 2014

Air Kencing Berbuih?

Unknown | Saturday, December 06, 2014 | 0Comments |
Pernah tak anda terfikir kenapa baru-baru ni tiap kali kencing ada buih ek? Aku banyak minum susu pekat ke? hihi..macam mana kalau saya kata jika anda abaikan gejala ni, tiba-tiba anda kena gout..kaki bengkak bisa tak boleh nak gerak. Takut tak? Haa..kencing berbuih ni petanda awal kegagalan buah pinggang tau. 







Air kencing sebenarnya datang dari cecair yang kita minum atau cecair dari makanan yang kita makan. Ia adalah bahan buangan hasil dari tapisan buah pinggang. Air kencing boleh menjadi keruh dan berbuih jika banyak protein terlepas dari tapisan buah pinggang.



Secara normal, buah pinggang akan menapis protein daripada keluar melalui air kencing kecuali terdapat masalah pada sistem penapisan buah pinggang seperti keradangan sistem penapisan yang dipanggil sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.



Kita sebenarnya dapat mengesan masalah kesihatan melalui air kencing. Dahulu kala, pengamal perubatan mengesan penyakit kencing manis dengan membiarkan air kencing di lantai dan perhatikan samada semut tertarik atau tidak. Jika semut suka pada air kencing tersebut, menunjukkan kandungan gula atau glukosa dalam air kencing itu adalah tinggi.



Air kencing juga ada masanya dirasa atau dihidu untuk mengesan penyakit tertentu seperti takungan ‘ketones’ berpunca daripada metabolisma lemah bagi tenaga sekiranya glukosa tidak dapat digunakan badan. Bau ‘ketones’ wangi dan berasa manis.



Menurut Dr. Thamby, air kencing adalah bahan kotoran yang keluar daripada hasil tapisan buah pinggang. Jika banyak protein tercicir keluar dari buah pinggang, air kencing menjadi keruh dan kelihatan berbuih. Protein biasanya tidak keluar dari buah pinggang kecuali sistem penapisan buah pinggang terganggu seperti keradangan sistem penapisan yang dikenali sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.



Apa itu glomerulonefritis? Juga dikenali sebagai nefritis glomerulus adalah penyakit ginjal ditandai dengan peradangan pada glomeruli, atau pembuluh darah kecil pada ginjal.



Air kencing berbuih kerana kehadiran protein boleh menyebabkan keadaan yang tidak normal pada buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal.. besar kemungkinan kita berpotensi mengalami sakit buah pinggang.



Menurut Dr. Edward Otten dari University Cincinnati pula, bila warna air kencing jernih seperti air minum maksudnya ok.. takde masalah kesihatan, penyakit dan sebagainya. Tapi kalau warna seakan lemonade atau kuning muda, tubuh kita berada pada tahap ok tapi perlu minum air lagi.



Dan kalau warna coklat-coklat macam jus epal tu ataupun kuning tua.. maksudnya kita kekurangan air dalam badan.. mesti minum lagi banyak air lagi..



kalau warna kuning tua, coklat atau macam warna coca-cola pulak?.. segera lah berjumpa doktor.. takut-takut ancaman radang buah pinggang mengekori anda.



Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.



Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.




PENYEBAB

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.



PATHOPHYSIOLOGY




Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.



GEJALA


Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.




DIAGNOSIS

  1. Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
  2. Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.
  3. Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu
  4. 4. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.






KOMPLIKASI

  1. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
  2. Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  3. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
  4. Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  5. Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  6. Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.


PERAWATAN

  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
  • DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.
Sumber
http://drazwan.blogspot.com/2007/10/nephrotic-syndrome-dan-perawatan.html
http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/03/16/kenapa-air-kencing-berbuih/ 


Penawar untuk mengembalikan semula fungsi buah pinggang cadangan kami adalah Vivix. Ini berdasarkan testimoni vivix - pulihkan buah pinggang rosak tahap 4 menjadi tahap 2 lalu transplant dibatalkan. Uniknya Vivix kerana ia adalah tonik anti penuaan selular yang mampu membaik pulih sel hingga ke tahap selular DNA. Kalau anda takut, anda mungkin nak baca testimoni yang disertakan bukti keputusan ujian dialisis dalam entri Shaklee Selamat Untuk Pesakit Buah Pinggang.



Untungnya menggunakan Vivix sebagai ikhtiar kerana bukan sahaja organ tertentu mendapat manfaat, malahan seluruh tubuh badan. Penggunaan berterusan mampu mengembalikan keremajaan tubuh sehingga 25 tahun lebih muda berdasarkan penyelidikan ke atas resveratrol. Jom dapatkan Vivix pada harga berpatutan dan free postage.


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Dec 5, 2014

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW

Unknown | Friday, December 05, 2014 | 0Comments |

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 

 
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
 
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 
 
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
 
Wallahua'lam.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 30, 2014

Coq Health Plus Shaklee Vitamin Kesuburan Suami Isteri

Unknown | Sunday, November 30, 2014 | 0Comments |
Vitamin untuk cepat dapat zuriat

Hahahaha. Saya ada cerita best untuk dikongsikan. Perkara yang baik jangan kita rahsiakan. Supaya orang lain pun dapat manfaat dan kita juga boleh dapat pahala. Betul tak?
Tahun lepas Shaklee ada mengeluarkan product baru iaitu Coq Health Plus yang  mengandungi Co-enzyme Q10, Vitamin E dan ekstract daripada Tea Hijau untuk penjagaan kesihatan jantung. Boleh baca perincian Coq Health Plus (klik sini). Rupanya kebaikan Coq Health Shaklee ini bukan untuk jantung sahaja, tapi ia boleh bertindak sebagai vitamin kesuburan suami isteri. Wow! Wonderfull! Macam mana tu? 



Kesuburan Isteri 

Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita.

Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.


Kesuburan Suami

Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10. Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi.  Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.





Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel. CoQ10 dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.

Jika dalam entri sebelum ini menyatakan Vitamin Kesuburan Shaklee untuk lelaki ialah Vitamin E dan Zinc Complex, kini bolehlah replace vitamin E dengan Coq Health Shaklee Plus. Ini kerana Coq Health Plus Shaklee berbeza dengan jenama lain. Coq Health Plus Shaklee turut mengandungi vitamin E denganGreen Tea Extract. Kombinasi CoQ10 & Vita-E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam Vita E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.


Ekstrak Teh Hijau pula mengandungi procyanidins yang telah ditemui dan dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah  dan jantung) . CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji & diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber boiketersediaan CoQ10nya. Tanpa gluten.




Untuk pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan zuriat bolehlah mengamalkan Coq Health Plus dengan set vitamin kesuburannya. Sebagai manusia biasa kita mestilah berusaha ke arah mendapatkan zuriat. Jika diizinkan Allah pasti ada rezeki untuk kita menimang cahaya mata. Apapun rezeki itu hak Allah. Kita hanya berusaha. Perancangan Allah itu memang terbaik untuk kita. La Tahzan!

Jom tengok testimoni di bawah:


 





Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 29, 2014

Apakah Kepentingan CoQ Health Plus Shaklee Untuk Diri Kita

Unknown | Saturday, November 29, 2014 | 0Comments |

Jaga kesihatan kita dari usia muda


Entri yang nak saya kongsikan kali ini sedikit serius. Taklah serius sangat. Kena baca sampai habis dulu. Semoga hari ini kalian dapat pertambahan ilmu baru iaitu Kepentingan CoQ10 dalam badan kita.



Apa Itu CoQ10?
Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.




Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya. 





Simptom kekurangan CoQ10:

  • Kegagalan jantung kongesif
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin
  • Stroke
  • Kekurangan tenaga
  • Lemah system imunisasi
  • Cardiac Arrhythmias
  • Gingivitis

Sebenarnya dalam badan kita menghasilkan CoQ10 sendiri tetapi akan semakin berkurangan dengan peningkatan umur. Lagipun agak sukar untuk mendapatkan CoQ10 secukupnya daripada diet harian kita. Tindakan alternatif adalah amalan pemakanan COQHealth Plus Shaklee.


Apakah kepentingan CoQ Health Plus Shaklee untuk diri kita?




Selain daripada untuk kesihatan jantung COQHealth  juga bagus untuk diabetes, kanser, kesihatan gigi, kesihatan mental, pengurangan berat badan, kesuburan untuk lelaki dan cholesterol drug.

1. Kesihatan Jantung:

  • Berperanan untuk merawat dan mencegah penyakit kardiovaskular termasuklah atherosclerosis (arteri tersumbat)
  • Mengurangkan kekerapan angina episodes dan menguatkan otot jantung.
  • Meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang mengalami kegaglan jantung kongesif
  • Berpotensi untuk merendahkan tekanan darah secara semulajadi

2. Untuk Kanser:

Doktor menggunakan Co-Q10 untuk merawat kanser payudara dan berperanan untuk menyokong kesihatan pesakita yang menjalani kimoterapi.


3. Untuk Diabetes:

Co-Q10 membantu untuk memperkayakan pengeluaran insulin.

4. Untuk kesihatan gigi:

Digunakan untuk membantu merawat symptom muscular dystrophy dan penyakit gusi.
 

5. Kesihatan Mental:

Kajian menunjukkan ada perubahan yang baik bagi pesakit Parkinson yang menggunakan supplemen CoQ10.


6. Untuk Pengurangan Berat:

Kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis yang Co-Q10 membantu untuk turunka berat badan. Kajian menunjukkan kira-kira berkurangan 50% apabila pesakit obesity menggunakan Coenzyme Q10 dalam tubuh badan. 


7. Kesuburan Lelaki:

CoQ10 membantu untuk meningkatkan jumlah sperma dan meningkatkan kadar pensenyawaan.


8. Untuk Ubat Kolestrol (cholesterol drug):

CoQ10 boleh membantu melindungi kesan sampingan pengambilan ubat seperti beta blockers dan antipsychotics. Tetapi pengambilan lebihan drugs boleh mengganggu sintesis Coenzyme Q10. 


Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Jangan tunggu sakit baru nak amalkan supplement atau vitamin. Bila dah sakit kenalah jumpa doktor. Ingat!!! Jagalah kesihatan kita dari usia muda. Jaga pemakanan kita. Lakukan gaya hidup sihat. Rajin bersenam dan bersukan. Dengan izin Allah kita akan dapat menikmati sepanjang hayat hidup kita dengan lebih bermakna. Insyallah.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 28, 2014

Fatty liver/ penyakit hati

Unknown | Friday, November 28, 2014 | 0Comments |

Hati terletak di bahagian abdomen kanan atas. Ia adalah organ yang ke-2 terbesar di dalam badan anda dan melakukan lebih 500 fungsi dlm badan.

Kira-kira 60% daripada hati terdiri daripada sel-sel hati dipanggil hepatosit
yang menyerap nutrien, menyahtoksik dan membuang bahan-bahan berbahaya dari darah.
Apakah fatty liver?
Fatty liver ada 2 jenis:
1) disebabkan oleh penggunaan alkohol secara berlebihan ( alcoholic abuse)
2) yg bukan disebabkan alkohol (NAFLD)
Penyakit fatty liver bukan alkohol (NAFLD) adalah membina lemak tambahan di dalam sel-sel hati yang tidak disebabkan oleh alkohol. Ia adalah perkara biasa bagi hati untuk mengandungi lemak. Walau bagaimanapun, apabila lemak melebihi
10% daripada berat hati, sel-sel lemak boleh merosakkan sel-sel hati.
Punca lain fatty liver :
  • ubat-ubatan
  • hepatitis virus
  • Penyakit hati autoimun atau diwarisi
  • Berat badan yg susut mendadak
  • malnutrisi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat pakar jika anda mengambil sebarang ubat lain.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog