Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Feb 13, 2014

Tips Melatih Anak Mengunakan Tandas

Unknown | Thursday, February 13, 2014 | 0Comments |



Latih anak ke tandas merupakan sesuatu yang amat mencabar bagi ibu bapa dan kanak-kanak . Hal ini memerlukan teknik dan panduan yang betul serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Namun begitu ada sesetengah ibu bapa telah berputus asa apabila usaha mereka untuk melatih anak mereka ke tandas sia-sia. Oleh itu saya ingin mengkongsikan sedikit tips melatih anak-anak mengunakan tandas. tips-tips itu ialah:
  1. Belikan tempat duduk yang berfungsi seperti tandas mini sebagai latihan permulahan untuk anak anda.
  2. Ibu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia.
  3. Galakkan anak menggunakan tandas mini mereka
  4. Latihan ke tandas boleh dimulakan ketika usia anak dua tahun tetapi ia berfungsi untuk menggalakkan tabiat menggunakan tandas berbanding dengan pakai lampin
  5. Kenal pasti tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas misalnya mereka tahu bila lampin basah atau kotor. Mereka juga akan memberitahu ibu bapa apabila mereka membuang air besar atau kecil. Malah kansk-kanak yang memberi tanda bersedia ke tandas akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa apabila mereka rasa hendak membuang air kecil atau besar.
  6. Jika mereka masih belum bersedia, ibu bapa perlu memantau kerana mereka mungkin terjatuh ketika melakukunya.
  7. Letakkan tandas mini anak di kawasan yang mudah dilihatnya dan terangkan fungsi tandas tadi kepada anak.
  8. Jika anak anda sering membuang air besar pada masa yang sama setiap hari, anda boleh mendidiknya untuk terus ke tandas pada masa berkenaan.
  9. Sekiranya anak meragam dan tidak mahu menggunakan tandas mini mereka, jangan memaksa mereka sebaliknya tunggu beberapa minggu lagi sebelum mencuba.
  10. Jangan menunjukkan rasa marah sekiranya anak mengotorkan kawasan tandas mini kerana mereka masih belum pandai menggunakannya. Sikap yang tenang dan terus bersabar menunjukkan cara yang betul akan membuatkan anak menjadi lebih yakin menggunakan tandas dengan baik pada masa akan datang.
  11. Apabila anak berjaya menggunakan tandas mini mereka, ibu bapa harus memuji dan membuatkan anak gembira kerana anak-anak kecil akan berasa bangga apabila mereka berjaya dalam sesuatu percubaan.
  12. Tiba masanya, ibu bapa tidak perlu memberi tunjuk ajar sebaliknya anak-anak akan menggunakan sahaja tandas mini apabila ia rasa perlu menggunakannya

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 10, 2014

Anak anda pengidap G6PD???

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Apa itu G6PD??
 
 
‘GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

 
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

 
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

 
Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.

 
Anagelsik & Antipiretik :-
Asetanilid
Asid Asetilsalisilik
Aminopirina
Antipirina
Fenasetin

 
Antimalaria:-
Klorokuina
Pamakuina
Pentakuina
Plasmokuina
Primakuina
Kuinakrina
Kuinina
Kuinosida

 
Nitrofuran:-
Furaltadon
Furazolidon
Nitrofurantoin
Nitrofurazon

 
Sulfonamida:-
Asetilsulfanilamida
Sulfisoksazola
Sulfametlsipiridina
Sulfapiridina
Sulfatiazola

 
Sulfon:-
Dapson (DDS)
Sulfokson

 
Ubat Lain:-
Dimerkaporl
Metilena Biru
Asid Nalidiksik
Orinase
Asid Para-aminosalisili (PAS)
Fenilhidrazina
Kuinidina
Vitamin K

 
Makanan Yang Mudah Menyebabkan Homolisis:-
Kacang Parang (Fava Bean)

 
Lain-Lain:-
Ubat Herba Chuan Lin
Ubat Herba Ngau Wong
Ubat Gegat (bayi dilarang memakai pakaian yang terdedah kepada ubat gegat atau menghidu ubat gegat)

 
Bagaimana masalah ini dikesan?

 
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

 
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

 
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

 
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

 
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

 
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

 
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.
 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 3, 2014

Meal Shakes Banyak Manfaat

Unknown | Monday, February 03, 2014 | 0Comments |

6 Fakta menarik tentang Mealshakes:


1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.

Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.


*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.


2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.


*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.


3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.


4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.


5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.


6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


Mealshake merupakan minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.


Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.


Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke peringkat orang dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.



Siapakah patut minum Mealshake ini?


Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang sibuk bekerja dan orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu).


Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, MealShake Shaklee adalah pilihan yang tepat sekali!


Jom kita tengok manfaat utama Meal Shake Shaklee ini:


1. Nutrisi Lengkap

~mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak


2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh

~kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain-lain.


3. Membantu tumbesaran

~mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan


4. Anti oksida

~Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.


5. Mengembalikan seri wajah

~mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih cantik


6. Detokfikasi

~kaya dengan serat larut untuk membanu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus


7. Kelazatan rasanya

~ minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.



Jadi... Jom tempah satu canister Meal Shake Shaklee hari ini. Baik untuk anak anda mahupun anda =). Hati ibu mana yang tak gembira melihat anak makan berselera dan pastinya hidup anda juga semakin ceria <3



Note: Bagi ibu-ibu menyusu pula, Jika anda ada kekangan untuk beli ESP Shaklee, boleh juga menggantikan Mealshake.

 

So, bagi yang nak order vitamin penyusuan, anda boleh membeli fullpack vitamin B, C, Ostematrix dan Mealshake. Tak perlu ambil vitalea dan ESP kerana ia telah digantikan dengan Mealshake.



Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Meal Shakes - French Vanilla

Unknown | Monday, February 03, 2014 | 0Comments |


Nama Produk : Meal Shakes - French Vanilla
Kandungan setin : 544g
Cadangan sajian : 1 SUDU TEH bagi kanak-kanak / 1 SUDU besar bagi orang dewasa

 

Makanan Segera, Tanpa Curiga
Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog