Jan 31, 2014

Kenali Produk Shaklee_Performance Drink

Unknown | Friday, January 31, 2014 | 0Comments |
Assalammualaikum wbt

Kebiasaannya kita mengenali minuman untuk bersukan adalah isotonik yang biasa dijual di kedai. Apa dia Performance Drink? Adakah nilainya sama dengan minuman isotonik yang dijual di kedai?? Mungkin tidak, yang dijual di kedai itu lebih murah. Namun ternyata Performance Drink jauh lebih baik, kenapa?
Sebabnya:
  • Performance Drink kurang gula (less sugar).
  • Performance Drink bersifat isotonik iaitu mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Jadi ia lebih mudah diserap untuk menaikkan kadar gula dalam darah ke peringkat sepatutnya, dengan segera – kurang penat.
  • Performance Drink mengandungi sedikit natrium bagi mempercepatkan penyerapan cecair oleh tubuh – kurang haus.


Kita selalu penat bekerja seharian atau pun berjalan jauh misalnya balik ke kampung memakan masa hingga 4-6 jam memang akan bergantung pada minuman istonik. Ada sesetengah minuman istonik jika diambil secara berpanjangan akan memberi kesan pada buah pinggang. 

Namun Shaklee ada rumusannya tersendiri dan ia tidak sama dengan minuman lain yang terdapat di pasaran. Performance Drink Shaklee adalah minuman bertenaga yang mengandungi Elektrolit yang penting untuk memastikan badan bertenaga. 
Tetapi apakah itu elektrolit dan mengapa penting dalam tubuh badan kita??? Jom kita rungkaikan.. hehehe

Apakah Itu Elektrolit?

Apabila disebut elektrolit ada tiga perkara utama yang akan berkaitan iaitu Potasium (K+), Sodium (Na+) dan Chloride (Cl+). Elektrolit adalah mineral yang tidak larut dalam air dan berfungsi untuk membawa cas-cas elektrikal. Elektrolit ini ada di mana-mana sahaja dalam sel badan, dalam darah. 

Potassium, Sodium dan Chloride bertindak bersama untuk memastikan jumlah kandungan air dalam badan adalah seimbang, membawa ransangan (impuls) ke sistem saraf badan, membantu otot-otot dalam keadaan relaks dan yang penting untuk memastikan badan tidak berada dalam keadaan terlalu berasid ataupun beralkali. 

Elektrolit bertindak untuk membawa glukosa (gula darah) dan nutrient yang lain ke dalam sel-sel badan kita. Dan sebenarnya sodium dan potassium sangat penting untuk mengawal tekanan darah. Sodium dalam kehidupan seharian kita adalah garam. Kandungan yang tinggi sodium (garam) boleh menyebabkan darah tinggi. Sebab itu pengambilan sodium perlu dengan potassium untuk memastikan keseimbangan kedua-dua mineral.

Siapakah yang sesuai mengambil Performance Drink:
1. Mereka yang aktif bersukan.
2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
3. Mereka yang menghidap gout.
4. Ibu yang menyusukan anak.
5. Mereka yang kurang minum air.
6. Mereka yang kerap sakit kepala.
7. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
8. Kanak-kanak yang demam.
9. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.
….dan banyak lagi.




Dengan berperisa oren sememang Performance Drink sepatutnya menjadi pilihan seisi keluarga. 



Sumber: Vitamins & Mineral- Complete Idiot Guide Book

BERMINAT?

Untuk membuat pesanan dengan harga istimewa @ konsultansi percuma,
Hubungi saya Pengedar Shaklee Anda:

✉ PM/Like Page : Nurul Ain Abdul Aziz / ZAHRA Vita Shoppe
☎ Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016 2731271 (NURUL AIN)




Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Vita-Lea Promo Februari 2014

Unknown | Friday, January 31, 2014 | 0Comments |
Assalammualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah kerana aku masih mampu menaip di tengah2 pagi buta.dalam sayup2 kokokan ayam...dalam sunyi sepi 1/3 malam.dalam lembayung Ilahi.ALHAMDULILLAH.

Dalam hening pagi ni saya nak ceritakan tentang fungsi Vita-Lea Shaklee bila tau February promo adalah Vita-Lea..Tu sangat bersemangat bila xsabar nak kongsikan pasal multivitamin ni....saya akan make it short and sweet.jadi saya jom perkenalkan cerita disebalik setiap tablet hijau Vita-Lea ni.



Antara fungsi lain Vita-Lea ialah
  • Mengimbangi segala bahan kimia di dalam badan
  • sebagai insuran bagi menampung kepada apa2 pemakanan yang kurang dalam diet.
  • Membantu pengambilan makanan di dalam badan kita supaya lebih berfungsi ( mengoptimumkan fungsi nutrien dr diet harian kita)
  • Membantu meningkatkan kesegraan otak dan pertahanan terhadap jangkitan
  • Membantu kesihatan secara am


OK,cukuplah setakat ni.lainkali kiter citer2 lagi yer..bye bye


♥♥♥kepada yg berminat utk dapatkan produk Shaklee, supplement semulajadi, boleh contact /whatsApp  sy di 016-273 1271.♥♥♥

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Unknown | Friday, January 31, 2014 | 0Comments |
Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.




Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.



Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

BUANG ANGIN, CIRIT BIRIT, LOYA HILANG DENGAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

Unknown | Friday, January 31, 2014 | 0Comments |
Assalamualaikum kawan-kawan ... Entry hari ni Ain nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai masalah angin atau gas dalam badan.

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

Ubahlah cara anda makan dan minum.  Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan.  Jika kawan-kawan merasakan dalam badan anda banyak angin, kawan-kawan mesti nak berjumpa doktor kan. Sebelum berjumpa doktor, kawan-kawan sebenarnya boleh mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin.  Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan adalah dengan buat ujian sendiri okay..Cuba dulu makan, kalau kawan-kawan sakit perut dan angin selepas makan, elakkan makan makanan tersebut lain kali okay..

Makanan yang mengakibatkan angin dalam badan adalah seperti :

1) Kacang
2) Sayuran seperti brokoli
3) Kobis
4) Taugeh
5) Bawang
6) Asparagus
7) Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
8) Bijiran seperti roti gandum
9) Minuman ringan dan jus buah
10) Susu dan produk daripada susu dan keju
11) Makanan dalam paket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijiran dan sos salad.
12) Keledek

Terdapat pelbagai jenis petua untuk hilangkan angin dalam badan

1) Minum air halia
2) Minum air bawang putih
3) Minum Eno Halia

Tapi jika anda nak senang lagi , bolehlah mencuba 

Peppermint Ginger Plus Shaklee.


Ia merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur  dan dihasilkan di bawah prosedur standart dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini.

Secara klinikalnya ia sangat membantu dalam menangani masalah

1) Loya
2) Gastrik
3) Mabuk Laut/Darat
4) Sendawa 
5) Penghadaman
6) Kencing Tidak Lawas
7) Melegakan Period
8) Cirit Birit
9) Menyamankan Perut 
Manfaat Utamanya dalam 4 Herba yang terkandung di dalamnya

PUDINA 

1) Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.  

2) Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.

3) Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

4) Merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

5) Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA

1) Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun .

2) Ia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.

3) Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung , selepas melahirkan anak ( semasa pantang) 

4) Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia mengahalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita: penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat /mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan
POKOK ADAS (fennal)

1) Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakab gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)

1) Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.  

2) Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan , menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

REKOMENDASI

Untuk membantu penghadaman : 3 biji selepas makan

Untuk mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air panas suam untuk diminum

Untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba. ( Kawan-kawan boleh juga larutkan terus dalam air teh panas, jadilah Pepppermint Ginger Tea)

Untuk kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Hisap 2 biji.

TIADA PERASA TIRUAN, PEWARNA atau BAHAN PENGAWET TAMBAHAN



Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 30, 2014

STATUS HALAL Shaklee

Unknown | Thursday, January 30, 2014 | 0Comments |
Kebanyakkan customer tanye pasal kes halal ke Shaklee ni...So, ni boleh merungkai segala persoalan yg terbuku di hati semua...hihihihi
 
 
STATUS HALAL : Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA), badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
 


Bagaimana pula dengan kapsul bagi vitamin softgel?

Softgel yang digunakan bagi Vitamin E, OmegaGuard, Lecitin adalah bersumberkan Bovine. Dan bovine yang digunakan ni adalah dari lembu yang disembelih dan dipantau oleh ISA. Maka ianya lembu bukan sebarang lembu ye…heheh… 
Kenapa tiada cop halal pada botol?

Sebenarnya, bagi sebarang ubat-ubatan atau suplemen, cop halal pada botol tidak diperlukan. Dah cukup dengan sijil yang dikeluarkan oleh badan yang diiktiraf. Standard Halal Farmaseutikal ni memang tak sama dengan Standard Makanan Halal. Kalau makanan, haaa memang ya nak kena ada cop halal.

Kenapa bukan JAKIM yang keluarkan sijil halal untuk Shaklee?
JAKIM hanya keluarkan sijil halal untuk produk yang produced kat Malaysia. Untuk produk Malaysia pun bukan main susah JAKIM nak pantau satu-satu, tetiba pulak dia nak pantau produk antarabangsa?

Lagipun salah satu syarat untuk pastikan kehalalan product adalah dengan melawat premis tempat menghasilkan produk tu. Errr, banyak duit pulak JAKIM nak pi fly ke US? Minyak Yuyi yang kontroversi tu pun belum setel, restoran-restoran kat KLCC& kat hotel-hotel KL pun belum habis check, dah nak kena pi US pulak?

Jadi nya, untuk international product, serahkan kepada badan yang jaga hal ehwal Islam kat sana. Diorang lebih arif. Kalau sekalipun kite travel overseas, bila nak makan kat restoran pak arab ke, kite takkan tanya 'Eh awak ni dh dapat sijil JAKIM tak?' Takkan kan? Mesti kita refer kepada Islamic Council negara tersebut.
Okey, harap sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan persoalan di minda. Cewah...hehehe... Sebarang pertanyaan dialu2kan.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 29, 2014

Sebab Supplement Yang Kita Makan Tak Berkesan

Unknown | Wednesday, January 29, 2014 | 0Comments |
Cerita pasal cantik, kurus, selim.. Semua orang nak cantik, kurus, selim..
Kalau orang lain cantik, langsing tapi kita tak cantik, xselim mesti ada rasa dengki lepas tu mula nak merendah-rendahkan orang yang cantik tu.. :)
Cantik tapi kulit bermasalah pun membuatkan seseorang tu jadi tak cantik..
Mungkin cantik dari jauh tapi bila datang dekat macam bulan..
"Kenapa saya makan supplemen tapi tak berkesan?"..
Ini soalan yang biasa didengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen.
Tak kesahlah supplemen apa2 pun.
Sekarang ni kan dah macam2 jenis supplemen keluar..
Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?
haaa...
mai sini nak tanya......
  • Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari ?
  • Konsisten tak kita makan supplement tu setiap hari ?
  • Cara pengambilan kita macamana ? Selepas sarapan ? Tengahari ? Sebelum tidur ? Lepas makan ?
  • Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan supplement tu ? Makanan ringan ? Maggie ? Ohhh..sedap..


Elakkan makan supplement serentak dengan ubat sebab supplement yang kita makan tu tak dapat diserap dengan baik oleh badan kita.
So tak gunalah kan..?
Penyelesaiannya ?
Buat jadual.
Sebab tu kalau nak makan dan amalkan vitamin atau supplement ni kita kena disiplin.
Kalau rasa-rasa susah nak disiplin tu better jangan ambil je yer.

Tapi nak cantik dan sihat kan? So fikir sendiri :)

Korang suka minuman yang berkafein ?
Kafein ni boleh memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita.
Kalau tak dapat nak berhenti, boleh kurangkan pengambilan tu daripada biasa yer.

Sebenarnya perkara paling penting bila makan supplement ( makanan tambahan ) ni ialah disiplin diri dan kesabaran. Sebab benda ni bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. So yang penting makan je dengan konsisten.

Kesan supplement memang berbeza kat setiap individu.
Ada yang baru makan 2 atau 3 hari dah nampak kesan dia.
ada yang memakan masa berminggu dan tak hairan ada yang sampai berbulan-bulan.
Lagi bermasalah kulit kita lagi lama tempoh dia nak pulih.
Tapi kebanyakkan orang masa ni terus stop mengamalkan supplement sebab mungkin rasa rugi je kan ?

Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini! ^^,


1. Kurang minum air putih
Ini adalah perkara yang paling penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Meminum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Beli supplemen mahal2 tapi malas minum air putih. Makan supplemen dah ikut dose tapi tak sampai seminggu mula complain naik jerawatlah, ruamlah, itulah inilah.. Bila ditanya minum air putih banyak tak? Berapa liter sehari? Jawapannya.......1 liter. (saya plk, minimum 3 liter sehari?)
Okay, sebenarnya jumlah tu masih tak cukup untuk membantu badan kita menyingkirkan toksin. Sekurang2nya cuba amalkan minum air putih 3 liter sehari. Nanti kang ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak2 tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."
Hai, itu perkara biasa la sayang. Makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Maka, makin lama makin sihat & makin cantiklah badan & kulit anda. Jangan cuma rajin ambil supplemen, tapi hal2 yang penting ni tak jaga. Jadi banyakkan minum air putih okay?
 
 
2. Tidak mengikut dose yang ditetapkan
Sesetengah dari badan kita mampu untuk mengambil supplemen dalam dose yang tinggi. Tapi ada sesetengahnya pula tidak mampu. Inilah antara penyebab ruam, jerawat dan sebagainya.Disarankan untuk permulaan, cuba ambil dalam sukatan yang sedikit dahulu.Selepas 3 hari baru tambah dose. Jika sekiranya tiba2 anda mengalami ruam atau simptom2 seumpanya, sila kurangkan dose pengambilan supplemen anda. Itu menunjukkan bahawa badan anda tidak mampu menerima dose yang tinggi. Banyakkan minum air putih berbanding air manis.
 
 
3. Tidak istiqamah
Ini pun biasa berlaku. Orang kata hangat2 najis ayam. Haha! Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada lopong2. Terlupa ambil time pagi lah. Terlupa ambil time malam lah. Lepas tu tak sempat nak ambil lah. Macam2 alasan kan? Itu biasa.. Hiks!
Tipsnya mudah saja! Cuba guna sticky note yang kaler2 tu then tulis kat situ 'Sila ambil supplemen sebelum memulakan hari anda @ sebelum tdo!'.. Lepas tu tampal kat mana2 yang anda mudah nampak. Kat pintu bilik air ke, kat fridge ke, atau pun pada cermin solek! Belajar disiplinkan diri.. Supplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata2, tapi penting untuk kesihatan tubuh anda.
 
 
4. Pengambilan kafein or minuman berkarbonat
Kepada peminat2 minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh dan juga minuman2 berkarbonat tu, ini ada pesanan khas untuk anda! Kalau rasa tak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda tu, jadi silalah jangan makan supplemen sebab nanti membazir jer.
Kalau anda beriya amal makan macam2 jenis supplemen sekali pun, tapi minum plak kafein jawabnya memang tak ke mana lah khasiat supplemen tu sebab dah diserap oleh kafein.
Sebab tu lah tak nampak kesan. Lepas tu amuk kata supplemen tu tak baguslah, tak ori lah, orang yang jual tu penipulah. Macam2 statement negatif yang keluar kan? Ish2, jangan buat perangai cenggini ye sayang2ku. Huduh sangat rupanya.
Nak cantik, nak sihat, tapi tak sanggup nak hidup cara sihat. Cemane tu?
Jadi, cuba2lah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Sebab badan manusia ni lain2. Macam yang eja bagitau awal2 tadi. Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat. Yang penting disiplinkan diri & istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

.....Sentiasa SIHAT & CANTIK dengan SHAKLEE.....

♥ Fb : Nurul Ain Abdul Aziz
♥ Fb Page : Zahra Vita Shoppe
♥ Shaklee ID : 1066350
♥ Emel : ain_oct86@@yahoo.com /­nurulain.abdulaziz@gmail.com
♥ SMS/whatsapp : 016-2731271
♥ Free consultation for every purchase

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Cara Pesanan dan Penghantaran

Unknown | Wednesday, January 29, 2014 | 0Comments |
1) Pesanan boleh dibuat melalui
sms/whatsApp : 016-273 1271

2) Nyatakan maklumat berikut semasa membuat pesanan:

Nama Penuh:
Produk:

3) Saya akan memaklumkan jumlah harga dan no akaun Maybank

4) Pesanan akan diproses segera hanya selepas bayaran diterima. Kemukakan bukti pembayaran ke emel nurulain.abdulaziz@gmail.com

5) Penghantaran adalah melalui PosLaju, Citylink atau Gdex. Anda akan mendapat barang yang dipesan dalam masa 2-3 hari bekerja.



6) Kos penghantaran adalah pada kadar rata WM RM10.00 dan EM RM20.00

7) Produk yang telah digunakan tidak boleh dipulangkan.

Setiap pembelian daripada Zahra Amani Official Blog, anda layak menerima:
+ Jadual pengambilan vitamin & tips EKSKLUSIF untuk memastikan keberkesanan
+ Konsultasi PERCUMA after sales service berterusan
+ DISKAUN istimewa
+ HADIAH istimewa (t&c applied)
+ Dijemput secara EKSLUSIF ke FB Group....Ianya tertutup dan ekslusif utk customer yg di invite sahaja.....

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 27, 2014

Zahra dengan Walker barunya...

Unknown | Monday, January 27, 2014 | 2Comments |
Assalamualaikum w.b.t
 
 Balik kampung nk jmpe Zahra, dia tggal dgn neneknye kt kampung..
Sampai je rumah mak Zahra da tido...so plan dgn en. asben nk pasang siap2 walker baru dia ni..
So, esok pagi nya tu la baru leh tunjuk kat Zahra..Pukul 6:30pg Zahra bangun; terus aku bawak di duduk kat walker baru dia ni...huhu..Dia punye excited dapat walker baru abis sume toys tu dia masuk mulut...
 
Hii!!Name caye NUR ZAHRA AMANI BINTI MOHD SHARIZAN...Caye ada walker baru...santekkkkkkk...hihi. 
 


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 23, 2014

Salam Jumaat

Unknown | Thursday, January 23, 2014 | 0Comments |
Salam Jumaat penghulu segala hari, hari mulia penuh barakah...Alhamdulillah syukur dengan segala kurniaan dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga kita akan terus ditetapkan iman untuk menjadi hambaNya yang bersyukur, beriman dan bertakwa kepadaNya.
 

 
 
 
SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT YANG DILUPAKAN
 
 
بسم الله الرحمن الرحيم

"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Perkongsian Bersama Untuk Anda & Diri Saya:

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali 'Imraan, 3:31)

Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam.

Rasulullah sebagai penerima wahyu telah mengajarkan kepada kita beberapa amalan sunnah yang wajar dilakukan pada hari Jumaat. Namun mungkin akibat keterlekaan dan kealpaan kita membuat kita terlupa untuk melazimi sunnah-sunnah tersebut. Oleh itu, di sini kita cuba menyenaraikan kembali sunnah-sunnah yang semakin luput dan dilupakan beserta dalil sebagai panduan bersama.

1.Mandi, membersihkan diri, bersugi, dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Ini berdasarkan hadith yang disampaikan oleh Salman al-Farisi radhiallahu’anh daripada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang ”. [Riwayat al-Bukhari]

2.Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan lain.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Jumu’ah ayat 9,“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"

3.Membaca Surah al-Kahfi BUKAN Surah Yaasin pada malam atau siang hari Jumaat.

Membaca Surah Yaasin adalah sesuatu yang mulia dilakukan oleh setiap muslim, sepertimana mambaca surah-surah al-Quran yang lainnya. Namun, untuk mengkhususkannya pada waktu tertentu seperti pada malam Jumaat adalah suatu yang tidak dijumpai dalam mana-mana dalil sahih malah bercanggahan dengan petunjuk Baginda nabi. Sedangkan setiap ibadah adalah terhenti (tidak dilakukan) sehinggalah dijumpai dalil atau nas yang menunjukkan pensyariatannya.Oleh itu, saya dengan segala rendah diri mengajak kalian semua untuk meninggalkan amalan yang bercanggahan dengan sunnah Baginda ini.
Adapun pada malam Jumaat, Rasulullah telah mengajarkan kita untuk membaca keseluruhan surah al-Kahfi sebagaimana sabdanya:“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”. [Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim]

4.Menuju ke masjid dengan berjalan kaki, bukan berkenderaan.

“Sesiapa yang mandi dan membersihkan diri pada hari Jumaat dan bersegera (keluar menuju ke masjid) dengan mencari posisi paling hampir dengan imam dalam keadaan diam, maka setiap jejak langkahnya itu pahala seumpama puasa setahun pada siangnya dan mendirikan ibadah pada sebelah malamnya. Hal demikian itu bagi Allah adalah sangat mudah”. [Riwayat Imam Ahmad, al-Thabarani, dan Ashab al-Sunan. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah]

5.Mendirikan solat sunat MUTLAK.

Solat sunat Mutlak bukanlah satu yang popular di kalangan umat Islam di Malaysia, lantaran mereka sudah terbiasa dengan solat sunat Qabliyah Jumaat. Hal ini agak menghairankan kerana Imam Syafi’I rahimahullah sendiri telah membincangkan pensyariatan solat sunat Mutlak dalam karyanya yang agung, kitab al-Umm.Berkenaan solat sunat Mutlak ini, Syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah berkata:“Dianjurkan bagi orang yang masuk masjid pada hari Jumaat (bila saja) untuk mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat), juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk masjid setelah Tahiyyatul Masjid atau sebelumnya”. [Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah, dinukil daripada buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus, mukasurat 105]

Berkenaan riwayat yang menunjukkan adanya solat sunat qabliyah Jumaat, -wallahua’lam- tiada satu pun daripada riwayat-riwayat tersebut yang dapat dijadikan hujah lantaran kelemahan dan kecacatan yang berbeza-berbeza. Berkata al-Hafiz al-‘Iraqi:“Tidak ada diriwayatkan dari Nabi Shallahu’alaihi wasallam bahawa baginda solat sebelum Jumaat (Qabliyah Jumaat – penulis), kerana beliau biasa keluar rumah menuju solat Jumaat, lalu datang muadzin azan di hadapan beliau, kemudian beliau terus berkhutbah” [ Nailul Authar 3/216]. Dinukil dari kitab Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah. Edisi terjemahan dalam bahasa Indonesia bertajuk "Jawaban Penting Pertanyaan Seputar Solat Jumaat" oleh Abu Umar Basyir al-Maidani, al-Qowam, mukasurat 51]

6.Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ammar radhiallahu’anh,“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah!” [ Riwayat Muslim]

7.Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.

Sedia maklum bahawa perbuatan menadah tangan adalah suatu yang disunnahkan tatkala berdoa. Namun, menadah tangan dalam khutbah Jumaat bukanlah suatu sunnah, malah ia bercanggahan pula dengan sunnah Baginda. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:“Daripada 'Umarah ibn Ru'aibah yang melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata, “Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya” dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya”.

8.Mendirikan solat sunat Ba’diyah Jumaat.

Para ulama’ telah bersepakat bahawa solat sunat ba’diyah Jumaat adalah disyariatkan. Terdapat dua pilihan bagi mengerjakannya; iaitu samada dilakukan dua rakaat atau empat rakaat dan kedua-duanya adalah sunnah. Ini berdasarkan kepada hadith-hadith di bawah:

a) Daripada Abu Hurairah rahiallahu’anh, bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:“Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat) jumaat”. [Riwayat Imam Muslim]

b) Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma, dia berkata:“ Rasulullah shallahu’alaihi wasallam bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya”. [Riwayat Imam al-Nasaei]

9.Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu’anh beliau berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Di dalam laman web beliau, Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar tentang hadith ini:“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.

Demikian antara sunnah-sunnah pada hari Jumaat sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad al-Musthofa shallallahu’alaihi wasallam kepada kita yang semakin dilupakan dan kurang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat.Oleh yang demikian wahai sekalian muslim yang budiman, mari koreksi diri kita sejauh mana kita dalam mengamalkan sunnah Baginda. Apakah kita layak menggelar diri kita pengikut sunnah jikalau sunnah Jumaat pun sering diabaikan. Ingatlah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpegang teguh kepada sunnah tatkala umat lalai kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), karena setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat."
(HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Semoga memberi manfaat kepada kita. Wallahu'alam.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 21, 2014

Jom Breakfast dgn ESP Shaklee

Unknown | Tuesday, January 21, 2014 | 2Comments |


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.....
 
 
Pagi ni nk cerita ttg breakfast yg ain amik b4 g opis...nk masak pg2 mmg xsempat la kn...huhuhu...rugi masa tidur..So, nak senang da siap2 nk g opis tu shake la dulu ESP+Manggo juice ni...siapkan jugak utk en. asben ain...
 
 
nampak sedap kan??? memang sgt sedapppp n memang freeshhhh sangat bila minum ESP ni.. Tapi, bukan juice je kita boleh campur...macam2 agi contohnya juice ke, nestum ke, milo ke tp yg penting xboleh air panas k...??Depends la korang nak campur dengan apa2 pon. Ikut selera korang la...hehehe. Untuk jadikn agi sedap korang kena guna Shaker bottle...WHY?? Bçoz ESP ni serbuk powder, so kena shake supaya larut dalam air kegemaran kita tu kalau tak berketul2 la ESP tu...
 
 
Pantang larang bagi pengambilan ESP Shaklee :-
- Jangan bancuh dengan air panas, air berkafein dan air berkarbonat kerana boleh menghapuskan nutrisi dan khasiat protein dalam esp tu.
- Jangan ambil lebih dari 3 sudu ESP sebab boleh mnyebabkan berat badan menaik & akan membebankan ginjal.
 
 
Sukatan ESP : 1 sudu besar ESP + air kegemaran anda
Waktu paling mujarab untuk minum ESP : 2 X Sehari ( Pagi sebelum breakfast + Petang/malam sebelum makan)
 
 
Mana nak dapatkan ESP yang sangat sedap ni???
BERMINAT?

Untuk membuat pesanan dengan harga istimewa @ konsultansi percuma,
Hubungi saya Pengedar Shaklee Anda:

✉ PM/Like Page :
Nurul Ain Abdul Aziz / ZAHRA Vita Shoppe
☎ Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016 2731271 (NURUL AIN)



Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 19, 2014

Berwajah baru....

Unknown | Sunday, January 19, 2014 | 4Comments |
Assalamualaikum....

Seronok sangat pagi ni bila tgk wajah baru blog saya...
Thanks to http://hairuliza-anakku.blogspot.com/ kerana telah mendesignkan blog saya...
Comel sgt...suka sangat...


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 9, 2014

Punca air liur bayi meleleh

Unknown | Thursday, January 09, 2014 | 2Comments |
Air Liur Bayi Anda Meleleh?

Sekarang ni Zahra selalu keluar @ main air liur dia tau.. orang duk kata time saya pregnantkan Zahra, ada yang saya tak dapat makan... tapi rasanya takda.. semua dapat je.. tapi takpala, dah nak meleleh gak air liur Zahra, nak wat camne kan.. (^_^)
Tapi ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila melihat bayi yang air liurnya membasahi mulut dan dagu. ****Menurut jurnal Pediatric Child Health, air liur meleleh sentiasa terjadi pada bayi terutama di usia sekitar 5 hingga 6 bulan. Ini kerana kemampuan mene...lan pada bayi masih sangat terbatas.***

Selain itu, mengeluarkan air liur juga memberi manfaat kepada bayi, iaitu:

#Membersihkan – Air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih.
#Mengenal rasa – Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan.
#Pelincir – Ketika si kecil tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi.

So, u'olls jangan la percaya sangat apa yang orang duk kata....huhu (",)




ni la dia Nur Zahra Amani saya yang air liur dia meleleh tu...tapi xpe syg mama... :)


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 3, 2014

Jenis-Jenis Kegemukan

Unknown | Friday, January 03, 2014 | 0Comments |

JENIS-JENIS KEGEMUKAN

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal.

Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging/lemak
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ni kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Mcm yg diajarkan kat sekolah la, lemak tepu tu payah la skit nak turun tanpa sit up tapi bg lemak x tepu tu senang je.

Harus diingtkn kadar penyerapan makanan oleh usus bersih adalah 75% berbanding 25% sebelum dcuci.

bagaimana pun ada lg pelbagai cara yang boleh digunakan utk turunkan berap badan ataupun naikkan berat badan.
Ktorg ni tak la pro sgt tp pengalaman mengajar kite dan juga pengalaman org lain yg lebih 10thn....gemuk skrg dh ideal.. yay!


Kategori Gemuk

1. Gemuk bentuk badan epal (android obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan kawasan perut. Kandungan lemak di sekitar organ boleh menyebabkan pelbagai kelainan metabolik seperti gangguan toleransi glukosa, diabetes, kadar kolesterol dan trigliserida meningkat serta hipertensi.

2. Gemuk berbentuk pear (gynoid obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan di kawasan pinggul dan peha. Umumnya berlaku di kalangan wanita.


Pantang larang

Elak minuman yang berkafeina seperti kopi dan Nescafe serta minuman bergas.
Makanan yg berminyak dan berlemak.
Amalkan diet yg seimbang..
Diet bukannya jgn mkn nasi...berlapar etc.. tp diet maksudnya mengambil setiap kandungan karbohidrat, protein, Vitamins & Mineral dgn seimbang !!

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog