Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Feb 22, 2014

COKLAT vs LELAKI

Unknown | Saturday, February 22, 2014 | 0Comments |

COKLAT boleh menurunkan risiko strok pada lelaki.



Kebiasaanyan, coklat amat disukai oleh kaum wanita berbanding kaum lelaki, coklat juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan lelaki.

Satu kajian menyatakan nutirisi dalam coklat boleh menurunkan risiko peyakit strok pada lelaki.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden ini yang telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.

Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat.

Dengan pengambilan kerap pada sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17% risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.

Dikatakan juga lelaki yang makan sebanyak 63gm coklat selama seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit strok sehingga 19%.

Kandungan flavonoid yang tinggi dapat melindungi dapat melindungi kerosakan sel badan,
menurunkan tekanan darah tinggi, strok dan jantung. Walau bagaimanapun dark chocolate adalah paling kaya nutrisi berbanding milk chocolate atau white chocolate.


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Kaitan Resdung & Migrain

Unknown | Saturday, February 22, 2014 | 0Comments |



Sesetengah orang yang menghidap migrain turut mempunyai simptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair. Satu kajian secara besar-besaran mendapati, hampir 90% orang yang mengadu sakit kepala resdung, turut menghidap migrain. Kajian ini telah diasaskan oleh GlaxoSmithKline, syarikat yang menghasilkan ubat migrain. Oleh itu berwaspadalah jika anda kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin juga petanda migrain.
Migrain memang sukar untuk pulih. Namun apabila kita dapat mengenalpasti dan mengelakkan migrain dalam keadaan tertentu, anda boleh mengurangkan penderitaan akibat migrain. Langkah2 pencegahan ini mungkin dapat membantu anda..

9 Langkah Cegah Migrain

1. Simpan Diari Sakit Kepala
2. Kawal Pendedahan Terhadap Rangsangan
3. Beri Perhatian kepada Pemilihan Makanan
4. Hormon memainkan Peranan Besar dalam Migrain
5. Tidur pada Waktu yang Tetap
6. Ambil Ubat-ubatan sebagai Pencegah
7. Beri Perhatian kepada Laporan Cuaca
8. Elakkan Tekanan
9. Senaman dan Lain-lain


Info
'Suplemen harian boleh membantu mengurangkan kebarangkalian dan kekerapan migrain.Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan 400mg riboflavin sehari boleh membantu mengelakkan migrain.

ATAU

Dapatkan Set Migrain dan Set Resdung dari Shaklee...





Bagaimana nak order??
Just --> PM admin ZAHRA Vita Shoppe or
--> call/sms/whatsapp @ 0162731271

PLACE YOUR ORDER NOW.


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 13, 2014

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Unknown | Thursday, February 13, 2014 | 0Comments |
Memandikan bayi adalah perkara yang begitu penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bayi tersebut. Kebanyakkan ibu bapa suka menggunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab mandi. Anda perlu cucikan dahulu kemaluan bayi depan dan belakang dengan menggunakan air mengalir supaya apabila masukkan bayi ke dalam tab mandi air di dalam tab mandi tersebut tidak menjadi air najis, kesan daripada kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Ibu bapa mestilah memainkan peranan penting untuk mandikan bayi mereka iaitu ketika bayi berusia sehari sehingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. Ibu bapa juga mestilah mengetahui adap mandikan bayi mereka.




Antara adap-adap mandikan bayi baru lahir adalah seperti berikut:
  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Kemudian gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakang bayi secara perlahan-lahan kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik kebahagian punggung bayi.
  3. Belaian dan gosokkan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Hal ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
  4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan supaya air tidak mengalir masuk ke lubang telinga bayi. Semasa menyiram air di belakang kepala ke bahagian dahi , tangan digunakan untuk menggosok dahi bayi.
  5. Sebaiknya teruskan memandi bayi dilakukan oleh bapa. Sambil mandikan bayi hati berzikir “Ya Latif” “Ya Hadi”
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana hal ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembab seterusnya boleh meyebabkan bayi selesema atau terkena jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir dilakukan di atas dada bayi hingga ke bawah. Anda tidak digalakkan menyapu sabun di bahagian depan tubuh bayi kerana bimbang ar sabun akan menyebabkan bahagian pusatnya lembab dan seterusnya melambatkan proses “gugur” tali pusat.
  8. Selepas selesai mandi , lapkan seluruh badan bayi dengan mengunakan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala. Sekiranya anda lewat mengelap bahagian kepala akan menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah dan boleh menyebabkan paru-paru bayi menjadi lemah.
     

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 12, 2014

DEMAM DENGGI vs KETAM

Unknown | Wednesday, February 12, 2014 | 1Comments |
Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni ain nk story pasal ketam…pasal demam denggi…angkara si NYAMUK..Sekarang ni banyak kes ttg denggi..

Menurut sumber daripada Sinar Harian, 6 kematian telah dilaporkan akibat serangan denggi dalam dua minggu pada awal tahun 2014. Difahamkan juga, sejumlah 1,946 kes demam denggi dilaporkan seluruh Negara dalam tempoh 5 hingga 12 Januari, meningkat 907 kes (87.3 peratus) berbanding 1,039 kes pada minggu sebelumnya.

Huhhh!!, boleh tahan ye serangan demam denggi kali ini. Tahukah anda, ketam didakwa dapat membantu dalam proses pemulihan daripada denggi ini? Biasanya kita tau ketam ni masak gulai…tapi yang pastinya ain memang tak suka langsung dgn ketam...tak boleh langsung baunya..inikan nak makan…langsung la tak pandai nk makannya..hihi.

Bila demam denggi je mesti kena makan sup ketam… makan sup ketam je mesti demam denggi …  Ketam punyai pelbagai khasiat. Ia mujarab untuk merawat demam denggi untuk tujuan meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan.

Pesakit demam denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. Dan menurut pembacaan, ada beberapa kajian yang mengatakan ketam ni mengandungi protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.

Walaubagaimanapun, uólls kena jumpa en. DR. klu demam berpanjangan…Langkah berjaga-jaga k.. JJJJ

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 10, 2014

Adakah Jantung kita OK???

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Kelebihan dan Kebaikan CoQ10Ramai yang belum mengetahui keperluan CoQ10 kepada fungsi tubuh badan kita. Enzim yang boleh dihasilkan oleh badan ini sebenarnya banyak manfaatnya. Kebanyakan kajian mengenai kelebihan dan kebaikan CoQ10 telah memberi tumpuan kepada kesihatan jantung , namun terdapat kajian yang menekankan kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada kesihatan tubuh badan yang lain.

1. Merawat penyakit mitokondria

CoQ10 digunakan untuk merawat penyakit mitokondria. Walaupun jarang berlaku, pesakit yang tidak mampu menghasilkan cukup CoQ10 boleh mengalami penyakit mitokondria dan penyakit metabolik lain. Kandungan CoQ10 yang diperlukan perlu ditetapkan oleh doktor untuk mengelakkan masalah lebih serius seperti masalah penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati dan penyakit buah pinggang , penyakit pernafasan dan banyak lagi.

2. Menggalakkan kesihatan Jantung

Banyak bukti menunjukkan mereka yang mempunyai kegagalan jantung mengalami kekurangan CoQ10 dan kepekatan plasma CoQ10 dalam darah adalah penentu jangka hayat akibat kegagalan jantung. Pengoksidaan LDL dipercayai adalah penyebab utama serangan jantung dan strok dan ubiquinol (satu bentuk Koenzim Q10, CoQ10 ) dalam LDL manusia memberikan perlindungan terhadap proses pengoksidaan , melindungi jantung yang sihat.

3. Mencegah Migrain

Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan kurang diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam masalah migrain dan sakit kepala.

4. Meningkatkan Tenaga

Kajian telah menunjukkan CoQ10 banyak membantu kepada mereka yang mengalami sindrom keletihan kronik. Ini kerana keletihan yang kronik merupakan gejala kegagalan mitokondria , CoQ10 membekalkan tenaga yang diperlukan untuk mitokondria dan fungsi tubuh.

5. Merendahkan Tekanan Darah

Ujian klinikal pada tahun 2007 mendapati bahawa CoQ10 adalah sama seperti ubat-ubatan tradisional dalam merawat tekanan darah. Ia merendahkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang merosakkan seperti ubatan moden yang lain.

6. Mengurangkan keradangan

Kajian pertama mengenainya dilaporkan pada tahun 2004 dan disiarkan dalam majalah Lancet ,di mana satu kajian menunjukkan bahawa apabila digabungkan dengan vitamin E semulajadi , Koenzim Q10 atau CoQ10 boleh mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif - dua elemen penting dalam perkembangan dan pembangunan penyakit vaskular.

7. Memperlahankan perkembangan penyakit Parkinson

Kajian tentang keberkesanan CoQ10 bakal menjadi satu kejayaan perubatan utama pada masa akan datang , di mana kajian pada tahun 2002 ke atas pesakit Parkinson yang mengambil 1400mg CoQ10 harian mendapati CoQ10 memperlahankan perkembangan penyakit sebanyak 44 %. Fasa 3 kajian ini dibuat pada tahun 2011. Hasil dari kajian ini mungkin membantu merawat pesakit Parkinson di peringkat awal.


8. Untuk pesakit yang akan menjalani pemindahan jantung

Satu lagi kelebihan CoQ10 adalah ia boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan pesakit dalam persediaan untuk pemindahan jantung. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati, dengan membekalkan CoQ10 kepada pesakit pemindahan jantung, ia membawa kepada peningkatan yang ketara terhadap kefungsian, simptom dan kualiti hidup.

sumber: http://www.vitguide.com/coq10-benefits/

 
Tanda-tanda awal serangan jantung
 
 

 
Menyedari bahaya serangan penyakit jantung, Shaklee menawarkan produk terbaru untuk kesihatan jantung anda iaitu CoQHealth Plus. Hanya satu kapsul untuk sehari.
 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:


SMS/ WhatsApp/ Call 016-273 1271 (Nurul Ain)

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Anak anda pengidap G6PD???

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Apa itu G6PD??
 
 
‘GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

 
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

 
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

 
Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.

 
Anagelsik & Antipiretik :-
Asetanilid
Asid Asetilsalisilik
Aminopirina
Antipirina
Fenasetin

 
Antimalaria:-
Klorokuina
Pamakuina
Pentakuina
Plasmokuina
Primakuina
Kuinakrina
Kuinina
Kuinosida

 
Nitrofuran:-
Furaltadon
Furazolidon
Nitrofurantoin
Nitrofurazon

 
Sulfonamida:-
Asetilsulfanilamida
Sulfisoksazola
Sulfametlsipiridina
Sulfapiridina
Sulfatiazola

 
Sulfon:-
Dapson (DDS)
Sulfokson

 
Ubat Lain:-
Dimerkaporl
Metilena Biru
Asid Nalidiksik
Orinase
Asid Para-aminosalisili (PAS)
Fenilhidrazina
Kuinidina
Vitamin K

 
Makanan Yang Mudah Menyebabkan Homolisis:-
Kacang Parang (Fava Bean)

 
Lain-Lain:-
Ubat Herba Chuan Lin
Ubat Herba Ngau Wong
Ubat Gegat (bayi dilarang memakai pakaian yang terdedah kepada ubat gegat atau menghidu ubat gegat)

 
Bagaimana masalah ini dikesan?

 
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

 
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

 
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

 
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

 
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

 
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

 
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.
 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Kafein : Kesan Pada Penyerapan Vitamin

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Kafein adalah sebahagian daripada hidangan sarapan pilihan ramai. Ramai juga yang mengambil vitamin setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa mengambil vitamin dan secawan kopi atau teh pada masa yang sama boleh mengganggu penyerapan banyak nutrien yang diperlukan oleh badan.

Kalsium

Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil (satu cawan kopi) 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun selepas beberapa jam pengambilan kafein. Satu kajian kepada wanita putus haid mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein kehilangan lebih kalsium di tulang belakang berbanding wanita yang kurang mengambil kafein.

Kafein juga menghalang jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah yang disimpan oleh tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang mengelakkan kafein atau minuman dalam jumlah yang sederhana (1 - 2 cawan sehari).

Vitamin D

Kafein menghalang reseptor vitamin D, dengan menghadkan jumlah yang akan diserap. Kerana peranan vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, ini juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko untuk osteoporosis.

Zat Besi

Kafein mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan, yang merupakan sumber penting untuk penghasilan sel darah merah. Menurut
Nutrition Desk Reference, pengambilan kafein dan zat besi pada masa yang sama boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Mana-mana minuman yang mengandungi kafein perlu diasingkan daripada makanan yang mengandungi zat besi atau zat tambahan sekurang-kurangnya satu jam.

Vitamin B

Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu meningkatkan pembuangan air kencing. Vitamin larut air, seperti vitamin B, boleh hilang akibat kehilangan cecair dalam badan. Di samping itu, ia mengganggu metabolisma beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Namun begitu, kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap vitamin B12.

Vitamin dan Mineral lain

Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral seperti magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu vitamin A menjalankan fungsinya pada badan.

Sumber Kafein

Kopi dan teh adalah sumber kafein yang jelas . Walaupun ada penghasilan minuman nyah-kafein
(decaffeinated) juga sebenarnya mengandungi sedikit sisa kafein. Sumber-sumber lain termasuk minuman ringan, coklat, koko dan beberapa minuman tenaga. Sesetengah makanan tambahan dan ubat-ubatan, yang mempunyai kandungan ubat penahan sakit untuk sakit kepala, mengandungi kafein anhydrous, yang kering dan dalam bentuk serbuk. Makanan tambahan yang menggunakan bahan semulajadi yang dipanggil guarana, juga satu lagi bentuk kafein.

Satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan anda secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor-faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum.
 

 

 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Berpantang cara moden & selamat dengan Shaklee

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Set Berpantang Shaklee amat ideal kepada ibu-ibu yang tak suka/tak boleh telan/tak boleh blah dengan jamu, takut anak terkena jaundice, risau baby terkena cirit birit dan sebagainya.. Berpantang cara moden tetapi sangat serasi kepada ibu & bayi dengan Shaklee!


 
 
 
 

  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu
  • Mengelakkan stress
  • Memulihkan selera makan
  • Melancarkan process pencernaan
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • Melengkapkan nutrient yang kurang
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan
  • Membantu kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan sembelit
  • Menyembuhkan luka
  • Menolong Pengecutan otot dan Saraf

NURUL AIN | 016-273 1271
Your Shaklee Independent Distributor ID1066350


** Harga PREMIUM hanya untuk pelanggan saya.
*** FREE Lifetime consultation apabila anda membuat pembelian!

 

 
Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 3, 2014

4 Sebab sarapan itu penting

Unknown | Monday, February 03, 2014 | 0Comments |
Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun, tidak jarang pula orang yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesehatan. Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Supaya anda lebih faham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :
 
Sarapan Pagi
 
 Nutrisi Penting di Pagi Hari
 
1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan. Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.
 

2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.
 

3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak. Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar energi - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang
 
 
4. Perlindungan terhadap sakit jantung.Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.
 

Tips sarapan sihat :



1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).
 

2. Jika tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.
 

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.
 

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.
 

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah. Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)
 
Sumber : Artikel gaya hidup
 
Artikel dimasukkan pada 9 MEI 2011

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 2, 2014

JOM BETULKAN BALIK MINDSET KITA IBU2...

Unknown | Sunday, February 02, 2014 | 0Comments |
Sekadar Perkongsian
copy paste dr sebuah blog...

Mindset I:
SUSU IBU ADA – walaupun sedikit, susu ibu ada. Merasakan susu ibu ‘tak ada’ menghantar mesej kepada otak bahawa susu ibu tiada dan perlu menyediakan alternatif lain.

Mindset II:
MENYUSU ITU PERLU – selepas bayi dilahirkan, paras prolaktin dalam tubuh ibu menurun hingga 50%. Sekiranya ibu tidak...
mula menyusukan dalam minggu pertama, kemungkinan besar paras prolaktin terus menurun hingga ke paras sebelum hamil dan bersalin. Sayang 1000 kali sayang sekiranya penyusuan dalam minggu pertama ini diabaikan.

Mindset III:
PENYUSUAN ADALAH SEMULAJADI – bukan disebabkan longan kering, pucuk betik mahupun urutan bidan. Penyusuan adalah prolaktin, dan prolaktin adalah hisapan bayi.

Mindset IV: FEED THE MOTHER TO FEED THE BABY – susu ibu tetap berkualiti walaupun ibu kurang nutirisi. Itulah hikmah penyusuan ibu dan anugerah Allah buat ibu-ibu yang tidak bernasib baik.. misalnya mangsa kebuluran. Ibu tidak perlu risau tentang makanan bayi kerana ia sudah tersedia. Tapi itu bukan alasan untuk ibu-ibu yang mampu mendapatkan nutrisi terbaik. Umpama bandingan orang miskin yang tak mampu berkereta dengan orang kaya. Kenapa pula si kaya tak mahu beli kereta sebab “Si miskin tak berkereta pun boleh hidup”? Nutrisi yang baik dan lengkap bukan saja menjadikan ibu lebih sihat, malah lebih bertenaga dan lebih ceria. Bukankah itu lebih bagus? Feed the mother dengan ilmu penyusuan dan nutrisi yang tepat dan lengkap, agar penyusuan terhadap bayi dapat dilakukan dengan baik.

Akhir sekali ia tetap berbalik kepada rezeki… Namun begitu ibu2 ingatlah… Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.

Bila anda fikir anda tak ada susu/tak cukup susu… fikir sekali lagi.

 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

INFO ORGAN HATI

Unknown | Sunday, February 02, 2014 | 0Comments |

Berikut merupakan fungsi hati kepada manusia.

1. Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil.
Hempedu membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium.
Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
Hati mengawal metabolism protein Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme Hati mewujudkan GTF dari kromium dan glutationGTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.
Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme Lemak

Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Tonik hati yang disyorkan untuk membaiki dan meningkatkan prestasi organ hati dengan DTX Complex

 


Berminat boleh pm/whatsApp : 016 2731271 (NURUL AIN)

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog