Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Feb 10, 2014

Rawat Migrain dengan Ostematrix dan B Complex

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Sakit kepala adalah gejala biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat?
Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
 
 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex
 
 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik daripada makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Feb 3, 2014

[♥] MERAWAT BATU KARANG DENGAN SHAKLEE [♥]

Unknown | Monday, February 03, 2014 | 0Comments |
 
Adakah anda mengalami sakit belakang yang berpanjangan, kencing berdarah, demam menggigil, air kencing keruh dan sakit ketika membuang air kecil ?
Jika mempunyai simptom seperti begitu mungkin anda ...terkena penyakit batu karang....

 


 
 
SUPPLEMENTS SHAKLEE YANG DICADANGKAN :


[1] ALFALFA
Mengurangkan keradangan akibat batu karang.


[2] B-COMPLEX
Menampung B6 dalam badan - mengurangkan oksalat (garam mineral yang membentuk batu karang).


[3] VITAMIN C
Membantu penyembuhan dalaman. 
Mengasidkan urin - Batu karang tidak terhasil dalam urin berasid.


[4] LECITHIN
Membakar lemak yang berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.


[5] OSTEMATRIX
Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang.
Ada magnisium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna.


[6] ESP
Sebagai pengganti protein haiwan dan bebas kolesterol.


Cara Mengatasinya
===============

> Minum air masak 8-12 gelas sehari.

> Mengurangkan pengambilan daging (daging meninggikan asid urik).

> Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

> Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

> Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

> Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

> Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

> Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
BERMINAT NAK ORDER?
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

Boleh PM/whatsapp di 016 2731271(NURUL AIN)

 

 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog