Feb 12, 2014

DEMAM DENGGI vs KETAM

Unknown | Wednesday, February 12, 2014 | 1Comments |
Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni ain nk story pasal ketam…pasal demam denggi…angkara si NYAMUK..Sekarang ni banyak kes ttg denggi..

Menurut sumber daripada Sinar Harian, 6 kematian telah dilaporkan akibat serangan denggi dalam dua minggu pada awal tahun 2014. Difahamkan juga, sejumlah 1,946 kes demam denggi dilaporkan seluruh Negara dalam tempoh 5 hingga 12 Januari, meningkat 907 kes (87.3 peratus) berbanding 1,039 kes pada minggu sebelumnya.

Huhhh!!, boleh tahan ye serangan demam denggi kali ini. Tahukah anda, ketam didakwa dapat membantu dalam proses pemulihan daripada denggi ini? Biasanya kita tau ketam ni masak gulai…tapi yang pastinya ain memang tak suka langsung dgn ketam...tak boleh langsung baunya..inikan nak makan…langsung la tak pandai nk makannya..hihi.

Bila demam denggi je mesti kena makan sup ketam… makan sup ketam je mesti demam denggi …  Ketam punyai pelbagai khasiat. Ia mujarab untuk merawat demam denggi untuk tujuan meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan.

Pesakit demam denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. Dan menurut pembacaan, ada beberapa kajian yang mengatakan ketam ni mengandungi protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.

Walaubagaimanapun, uólls kena jumpa en. DR. klu demam berpanjangan…Langkah berjaga-jaga k.. JJJJ

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

1 comments:

Unknown said...

asal demam je mesti akak masak sup ketam....xkisah demam pape pun...huhu sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog