Dec 5, 2013

Kesan sampingan Selepas Mengamalkan Vitamin Shaklee

Unknown | Thursday, December 05, 2013 | 0Comments |
Apa khabar anda semua? Apa ?? Ada yang kurang sihat.. Ada yang sakit itu sakit ini selepas consume Vitamin Shaklee yang dicadangkan oleh ziemah??? ALHAMDULILLAH... Sekarang ni bila customer rasa sakit bila amik supllement ain terasa seronok. wowww !! Konstroversi je ayat nieh. Bukan seronok dia ditimpa sakit cuma rasa ada kesan positif bila amik Shaklee. Ini kerana mereka2 yang sakit ini ialah tidakbalas normal iaitu di panggil Fasa KRISIS PENYEMBUHAN. "Healing Crisis".





Mungkin anda sedang melalui fasa krisis penyembuhan. Apakah krisis penyembuhan dan bagaimana cara mengatasinya? Was-was nak teruskan atau tidak kerana takut ia makin melarat? Mungkin anda perlu baca fakta2 dibawah. Harapnya ia mampu menjawab persoalan anda tentang kesan sampingan yang anda rasai sepanjang consume produk Shaklee.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membaiki dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini bermula dengan menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen yang terkandung dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit dan lebih banyak pergerakan usus yang merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.

Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah individu akan berfikir yang simptom mereka alami menjadikan penyakit semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk penyembuhan.

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada individu yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A: Kesan kepada setiap individu adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Dengan kata lain, lebih banyak toksin di dalam badan, lebih kuat/teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini? A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa? A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
Tidak mengamalkannya setiap hari
Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau
Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat
Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

3) Krisis Penyembuhan Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau
Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

4) Krisis Penyembuhan Kembung perut
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah

5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat

6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung
Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Penyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan

10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Penyebab Sistem saraf yang lemah

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu
Penyebab Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit,
penghasilan lendiran yang banyak
12) Krisis Penyembuhan Lapar, Pening
Penyebab Tekanan darah rendah, anaemia

13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu
Penyebab Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak)
Penyebab Masalah buah pinggang

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog