Showing posts with label Kafein. Show all posts
Showing posts with label Kafein. Show all posts

Feb 10, 2014

Kafein : Kesan Pada Penyerapan Vitamin

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Kafein adalah sebahagian daripada hidangan sarapan pilihan ramai. Ramai juga yang mengambil vitamin setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa mengambil vitamin dan secawan kopi atau teh pada masa yang sama boleh mengganggu penyerapan banyak nutrien yang diperlukan oleh badan.

Kalsium

Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil (satu cawan kopi) 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun selepas beberapa jam pengambilan kafein. Satu kajian kepada wanita putus haid mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein kehilangan lebih kalsium di tulang belakang berbanding wanita yang kurang mengambil kafein.

Kafein juga menghalang jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah yang disimpan oleh tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang mengelakkan kafein atau minuman dalam jumlah yang sederhana (1 - 2 cawan sehari).

Vitamin D

Kafein menghalang reseptor vitamin D, dengan menghadkan jumlah yang akan diserap. Kerana peranan vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, ini juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko untuk osteoporosis.

Zat Besi

Kafein mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan, yang merupakan sumber penting untuk penghasilan sel darah merah. Menurut
Nutrition Desk Reference, pengambilan kafein dan zat besi pada masa yang sama boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Mana-mana minuman yang mengandungi kafein perlu diasingkan daripada makanan yang mengandungi zat besi atau zat tambahan sekurang-kurangnya satu jam.

Vitamin B

Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu meningkatkan pembuangan air kencing. Vitamin larut air, seperti vitamin B, boleh hilang akibat kehilangan cecair dalam badan. Di samping itu, ia mengganggu metabolisma beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Namun begitu, kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap vitamin B12.

Vitamin dan Mineral lain

Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral seperti magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu vitamin A menjalankan fungsinya pada badan.

Sumber Kafein

Kopi dan teh adalah sumber kafein yang jelas . Walaupun ada penghasilan minuman nyah-kafein
(decaffeinated) juga sebenarnya mengandungi sedikit sisa kafein. Sumber-sumber lain termasuk minuman ringan, coklat, koko dan beberapa minuman tenaga. Sesetengah makanan tambahan dan ubat-ubatan, yang mempunyai kandungan ubat penahan sakit untuk sakit kepala, mengandungi kafein anhydrous, yang kering dan dalam bentuk serbuk. Makanan tambahan yang menggunakan bahan semulajadi yang dipanggil guarana, juga satu lagi bentuk kafein.

Satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan anda secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor-faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum.
 

 

 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

KAFEIN....Baik atau Buruk??

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Berkenaan dengan tajuk entri kali ini. Saya memang penggemar kafein!. Teh, Nescafe dan kopi juga mempunyai kafein walaupun dalam jumlah yang berbeza. Tak kira pagi, petang atau malam, minuman harian saya sebelum ini adalah kafein. Hehe..Namun semenjak mengambil supplemen Shaklee saya sudah kurangkan kafein dalam pemakanan saya...Jaga kesihatan lah konon....hihi.
 
Apa itu kafein?
75% kafein yang digunakan datangnya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya daripada coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada pengguna. Tapi
 
 

Berapa banyak kafein yang akan memudaratkan kesihatan?
Seperti biasa, saya akan minum paling banyak pun dalam 3-4cawan sehari iaitu lebih kurang 300mg kafein. Jumlah ini tidak akan memudaratkan kesihatan. Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam. Dos yang akan membunuh adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100 cawan kopi dalam masa 4 jam! Jumlah kafein bergantung pada cara penyediaan nya. Mungkin kopi di Starbuck tidak sama dengan kopi di mamak! Berkenaan kafein bukan rasanya ya!
 
 
Mari kita lihat kebaikannya berdasarkan kajian.
 
1. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
 
2. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80% kurang risiko mendapat kerosakan hati.
 
3. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
 
4. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.
 
Antara kesan buruk jika meminum kopi secara berlebihan ialah, rasa berdebar-debar, menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolesterol, gangguan tidur, tulang cepat reput.
 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog