Showing posts with label Info Khasiat. Show all posts
Showing posts with label Info Khasiat. Show all posts

Feb 22, 2014

COKLAT vs LELAKI

Unknown | Saturday, February 22, 2014 | 0Comments |

COKLAT boleh menurunkan risiko strok pada lelaki.



Kebiasaanyan, coklat amat disukai oleh kaum wanita berbanding kaum lelaki, coklat juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan lelaki.

Satu kajian menyatakan nutirisi dalam coklat boleh menurunkan risiko peyakit strok pada lelaki.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden ini yang telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.

Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat.

Dengan pengambilan kerap pada sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17% risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.

Dikatakan juga lelaki yang makan sebanyak 63gm coklat selama seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit strok sehingga 19%.

Kandungan flavonoid yang tinggi dapat melindungi dapat melindungi kerosakan sel badan,
menurunkan tekanan darah tinggi, strok dan jantung. Walau bagaimanapun dark chocolate adalah paling kaya nutrisi berbanding milk chocolate atau white chocolate.


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Jan 31, 2014

10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Unknown | Friday, January 31, 2014 | 0Comments |
Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.




Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.



Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Dec 18, 2013

INFO KHASIAT BAWANG PUTIH

Unknown | Wednesday, December 18, 2013 | 0Comments |
[♥] INFO KHASIAT BAWANG PUTIH[♥]

===========================
Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Nak tahu apa lagi khasiatnya?

Bawang put...ih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema. Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Oleh: HASNITA Majalah PaMa
Tarikh: 13 Disember 2013

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog