Apr 28, 2014

Jangan berhenti berharap...Chaiyok2

Unknown | Monday, April 28, 2014 | 0Comments |
Bagaimana Vivix Shaklee membantu dalam proses berhenti Merokok?

Mari baca...


As we all know, Struktur DNA seorang perokok telah tercemar dengan Nikotin.

DNA yang telah dicemari nikotin ini yang menyebabkan seorang perokok amat sukar untuk berhenti merokok.

Dalam terapi penggantian Nikotin, proses berhenti merokok dibuat dengan memberi dosage nikotin yang kecil sebagai menggantikan nikotin dari rokok.

Dalam kebanyakan kes berhenti merokok biasanya akan berlaku withdrawal symptom. Ia berlaku kerana badan seorang perokok sedang menyesuaikan diri dengan hidup tanpa Nikotin sedangkan dalam DNA mereka, nikotin tersebut masih ada.

Namun hal ini tidak berlaku dalam terapi berhenti merokok dengan Vivix Shaklee. Ini kerana Vivix membantu dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA tadi. DNA yang tercemar dengan Nikotin akan dipulihkan dan dimurnikan semula apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan.

Hasilnya DNA akan kembali kepada keadaan asal, yang menyebabkan perokok akan mengalami :

Rasa pahit dan busuk bila merokok
Rasa semput dan sesak bila merokok

Yang mana akhirnya mereka sendiri akan berhenti dari merokok akibat dari rasa yang mereka alami.

Dalam kebanyakan testimoni pengguna VIVIX yang telah berjaya, mereka pasti akan sebut : ROKOK RASA PAHIT.

Itulah yang berlaku bila DNA perokok sudah ditanggalkan Nikotin oleh Vivix Shaklee!

WOW!!

Para isteri yang benar2 ingin suami anda berhenti merokok, bertindaklah sekarang! Bertindaklah untuk kesihatan orang2 yang anda sayang. Harga bukan ukuran jika anda mengenali kebaikan & kehebatan VIVIX SHAKLEE ini.

PERHATIAN : Vivix tidak digalakkan untuk wanita hamil, sedang menyusukan bayi, atau sesiapa sahaja berumur kurang 18 tahun.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Apr 25, 2014

Asthma vs Omega Guard

Unknown | Friday, April 25, 2014 | 0Comments |



Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.


Simptom-simptom
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.

    Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
    Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
    1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
    2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
    3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
    4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
    5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.

      Siapa yang selalu berisiko untuk mendapat penyakit asma?
      Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
      Di Shaklee salah satu supplemen yg boleh diamalkan untuk mereka yg asma dan lelah ini adalah OMEGA GUARD, Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulin yg diesktrak dr ikan laut dalam yg bersifat panas, cube bayangkan mcm mana ikan ni boleh hidup dalam lautan yg sejuk dgn tekanan yg sgt tinggi tu, Ini adalah kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yg sgt tinggi

      Minyak ikan ini boleh diberi dari umur setahun, jika dikesan dr kecil ibu2 yg breasfeed boleh amalkan sebagai supplemen harian mereka, selain dr dapat mengurangkan serangan asma ia juga baik untuk perkembangan otak anak2 kita disamping ibu2 boleh berdiet sbb Omega ni juga salah satu agen membakar lemak terutamanya lemak2 tepu

      Ok jom kita tgk testimonial mereka yg dah beri anak mereka OMEGA untuk mengurangkan serangan asma.




      Selain itu jika anak2 anda tgh alami batuk2 yg kuat pun boleh bg omega ni utk keluarkan kahak dalam badan tu dgn cpt, InsyAlllah saya sejak dah kenal Omega ni anak2 saya pun jarang sakit n bila sakit pun cpt sgt baik xmcm dulu sampai kena amek antibiotic sbb terlalu lama nak baik huhu mmg cpt baik bila amek antibiotoc ni tp tula tak elok sbb mengurangkan sistem imunisasinya nnt

      InsyAllah kita sbg parents boleh cuba untuk mengurangkannya

      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Apr 3, 2014

      KEBAIKAN DAN KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE

      Unknown | Thursday, April 03, 2014 | 0Comments |
      Apakah Sebenarnya Khasiat dan Manfaat Vivix Shaklee..??



      Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
      ~Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
      ~Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin berusia fungsi otak menjadi semakin lemah dan menuju ke amnesia atau nyanyuk. Tubuh badan juga akan terdedah kpd risiko pelbagai penyakit seperti gout, asma dan demam.Mengambil vivix boleh dijadikan sebagai perisai dan imuniti tubuh.
      ~Vivix membantu mengembalikan keremajaan. Kandungan vivix dpt memberi keprluan vitamin tubuh dan membuatkan anda nampak 25 tahun lbh muda.


      Revolusi Terbaru dari Shaklee

      Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
      Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

      Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

      Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

      Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. 



      Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
      Walaubagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi kerana ia mengubah DNA.

      Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix, iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wain merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim).


      Bagaimana Vivix Berfungsi???




      Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Vivix juga dapat meningkatkan tenaga sel dimana sel2 akan menjadi lebih aktif dan sihat. Sel sgt penting kerana ia merupakan asas kpd tubuh kita. Vivix juga dapat melambatkan AGE protein. Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.

      Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas dan juga boleh dijadikan masker dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk melihat hasilnya.


      2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix.
      Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel.

      Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi.
      Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet.

      Semestinya halal dan mendapat kelulusan KKM.
      Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.

      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Apr 2, 2014

      OSTEMATRIX dalam Set Berpantang Shaklee

      Unknown | Wednesday, April 02, 2014 | 0Comments |
      Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.






      Vita-Lea
      * Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg 
        kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
      * Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang 

        dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.

      * Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
      * Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
      * Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
      * Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi 
          penyerapan zat besi oleh badan.

      B Complex
      * Membantu menstabilkan hormon badan kita
      * Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
      * Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
      * Menukarkan makanan kpd tenaga

      Zinc Complex
      * Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat 
         kpd makanan tersebut.
      * Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
      * Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
      * Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn 
      baik.
      * Mengurangkan masalah rambut gugur
      * Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

      Vitamin C
      * Berkonsepkan pelepasan masa.
      * Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi 
         memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara  
         konsisten.

      * Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
      * Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
      * Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....
       
      Energizing Soy Protein (ESP)

      Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


      Ostematrix
      OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…
        
      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Mar 18, 2014

      Jom Kenali Ekzema!!

      Unknown | Tuesday, March 18, 2014 | 1Comments |
      “Kenapa ada merah-merah kat pipi baby akak tu?” soal saya kepada jiran yang baru sahaja pulang mengambil anaknya dari rumah pengasuh.
      “Oh ni kena ekzema, tu yang merah-merah tu”, jawab jiran saya.
      Ekzema, hmm.. penyakit kulit pada bayi. Nak kena google ni untuk cari maklumat. Mana tahu boleh bantu dia. Selepas google dan browsing, saya terjumpa artikel kesihatan mengenai penyakit ekzema ini. Mari baca untuk tambah ilmu kesihatan. Penting ye lebih-lebih jika anda ada anak kecil.
      Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.
      Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.
      Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
      Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.


      Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema
      Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.
      Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

      Apakah petua untuk menjaga kulit ini?
      Hadkan penggunaan
      Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.
      Pakai sarung tangan
      Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.
      Kain kapas atau kombinasinya
      Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.
      Sewaktu mandi
      Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
      Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.
      Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.
      Losen
      Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.
      Menggaru
      Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.
      Berpeluh
      Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.
      Tekanan
      Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.
      Penjagaan khas
      Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.

      Shaklee boleh membantu anak2 anda dengan Herbal Blend ini utk atasi masalah ekzema ini...
      Berminat???
      Untuk lebih lanjut.. boleh whatsapp 0162731271 atau PMhttps://www.facebook.com/zahravitashoppe







      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Feb 26, 2014

      FADHILAT MENCIUM ISTERI

      Unknown | Wednesday, February 26, 2014 | 0Comments |
      Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala ...kepada suami.
      Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
      Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

      كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

      Maksudnya;
      “Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”
      Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

      Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.


      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Tips untuk Kawal pemakanan?

      Unknown | Wednesday, February 26, 2014 | 0Comments |
      Selamat Pagi Semua..
      Mahu sedikit Tips untuk Kawal pemakanan?

      Sama-sama kita menjaga pemakanan agar kita sentiasa sihat.

      Tips Elakkan Makan Secara Berlebihan yang menarik dan boleh anda amalkan.




      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Feb 22, 2014

      COKLAT vs LELAKI

      Unknown | Saturday, February 22, 2014 | 0Comments |

      COKLAT boleh menurunkan risiko strok pada lelaki.



      Kebiasaanyan, coklat amat disukai oleh kaum wanita berbanding kaum lelaki, coklat juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan lelaki.

      Satu kajian menyatakan nutirisi dalam coklat boleh menurunkan risiko peyakit strok pada lelaki.

      Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden ini yang telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.

      Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat.

      Dengan pengambilan kerap pada sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17% risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.

      Dikatakan juga lelaki yang makan sebanyak 63gm coklat selama seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit strok sehingga 19%.

      Kandungan flavonoid yang tinggi dapat melindungi dapat melindungi kerosakan sel badan,
      menurunkan tekanan darah tinggi, strok dan jantung. Walau bagaimanapun dark chocolate adalah paling kaya nutrisi berbanding milk chocolate atau white chocolate.


      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Kaitan Resdung & Migrain

      Unknown | Saturday, February 22, 2014 | 0Comments |



      Sesetengah orang yang menghidap migrain turut mempunyai simptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair. Satu kajian secara besar-besaran mendapati, hampir 90% orang yang mengadu sakit kepala resdung, turut menghidap migrain. Kajian ini telah diasaskan oleh GlaxoSmithKline, syarikat yang menghasilkan ubat migrain. Oleh itu berwaspadalah jika anda kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin juga petanda migrain.
      Migrain memang sukar untuk pulih. Namun apabila kita dapat mengenalpasti dan mengelakkan migrain dalam keadaan tertentu, anda boleh mengurangkan penderitaan akibat migrain. Langkah2 pencegahan ini mungkin dapat membantu anda..

      9 Langkah Cegah Migrain

      1. Simpan Diari Sakit Kepala
      2. Kawal Pendedahan Terhadap Rangsangan
      3. Beri Perhatian kepada Pemilihan Makanan
      4. Hormon memainkan Peranan Besar dalam Migrain
      5. Tidur pada Waktu yang Tetap
      6. Ambil Ubat-ubatan sebagai Pencegah
      7. Beri Perhatian kepada Laporan Cuaca
      8. Elakkan Tekanan
      9. Senaman dan Lain-lain


      Info
      'Suplemen harian boleh membantu mengurangkan kebarangkalian dan kekerapan migrain.Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan 400mg riboflavin sehari boleh membantu mengelakkan migrain.

      ATAU

      Dapatkan Set Migrain dan Set Resdung dari Shaklee...





      Bagaimana nak order??
      Just --> PM admin ZAHRA Vita Shoppe or
      --> call/sms/whatsapp @ 0162731271

      PLACE YOUR ORDER NOW.


      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Feb 21, 2014

      Omega Guard Shaklee

      Unknown | Friday, February 21, 2014 | 0Comments |

      Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
      1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair  sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

      2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

      3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
          ketumpatan minyak hati ikan.

      4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

      5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

      6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

      7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


      Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
      1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
      2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
      3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
      4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
      5.  Mengekalkan tekanan normal darah ( darah tinggi )
      6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
      7.  Mengurangkan sakit kepala
      8.  Merendahkan kolestrol
      9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
      10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
      11. Mengawal masalah obesiti
      12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
      13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
            otak janin
      14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
      15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
      16. Membantu menyihatkan paru-paru
      17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
      18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
            (lupus erythematosus)
      19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
      20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
      21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
      22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
      23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
      24. Mencegah penyakit gout


      Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-
      - Mencegah insomnia
      - Mengurangkan tekanan emosi
      - Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
      - Membantu memperbaiki masalah autism
      - Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
      - Mengurangkan masalah schizophrenia
      - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

      Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

      1. Warga Emas
      2. Pesakit Jantung
      3. Wanita
      4. Wanita yang telah melahirkan anak
      5. Pesakit darah tinggi
      6. Orang yang selalu lupa
      7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
      8. Pelajar
      9. Ibu menyusu
      10. Ibu Hamil
      11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus



      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      It's all about diving....Scuba Station

      Unknown | Friday, February 21, 2014 | 0Comments |

      Assalammualaikum...

      Happy saturday u'olls...Hari ni admin spend time kat Scuba Station Resources..yang terletak di Plaza Glomac, Kelana Jaya. Kat sini u'olls boleh dapatkan produk dan services mcm diving equipment, diving courses, diving trip, underwater camera n mcm2 lagi.. Ofkos ada diskaun plak tu...Kalau nak amik lesen diving pn boleh register kat sini...

      Scuba Station Resources


       Hi!!Saya di sini..



      Diving aksesori mcm mask, snorkel, fin, boots & socks, rash guard dan macam2 lagi ada kat Scuba Station ni...

        


       
      Muslimah swimming suit & Wetsuit

      Ni address kalau u'olls nak datang cari equipment diving kat sini ye... (",)


      SCUBA STATION RESOURCES (SA0234123-D)
      A-07-02, Plaza Glomac 
      No.6, Jalan SS 7/19, Kelana Jaya
      47301 Petaling Jaya, Selangor.
      Tel: 603-78860809 
      Fax: 603-78830192
      Website: www.scubastation.com.my
      Email: info@scubastation.com.my

      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Feb 15, 2014

      Kurus dan Langsing dengan ESP Shaklee

      Unknown | Saturday, February 15, 2014 | 0Comments |
      Kita sudah sedia maklum yang ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil soya, kita dapat langsing dan kuruskan badan. Tapi kenapa?




      ✔ Susu soya mengandungi nutrisi terbaik dari protein dan karbohidrat. Ia menjadi alternatif bagi mereka yang mempunyai alahan laktosa. Dikatakan 200ml susu soya mengandungi lebih 8g protein dan nutrisi lain seperti vitamin A, D, B1, B2 dan kalsium
      ✔ Susu soya juga mengandungi karbohidrat kompleks yang menghasilkan indek glikemia yang rendah dan sangat sesuai untuk diet
      ✔ Selain itu pengambilan susu soya secara teratur akan membantu anda merasa kenyang lebih lama kerana kandungan seratnya yang tinggi
      Jadi sangat sesuailah ESP Shaklee untuk kurus dan Langsing! Kerana ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah dari 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai ‘energy booster’ atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.


      Kenapa ESP Shaklee sesuai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan?
       
       
      ❥ Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
      ❥ Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
      ❥ Protein soya memperlahan aliran makanan dalam usus yg menjadikan kita berasa kenyang dengan lebih lama dan kurang makan
      ❥ Protein soya mempunyai INDEKS GLISEMIK yang rendah, Makanan yg mempunyai nilai GI yg rendah akan membebaskan glukosa dgn perlahan-lahan dan akan meningkatkan glukosa dan hormon insulin secara berperingkat berbeza dgn makanan yg tinggi karbo yg meningkatkan glukosa dalam badan dgn pantas menyebabkan lebihan glukosa ini ditukar menjadi lemak
      ❥ Protein soya adalah satu-satunya tumbuhan yang mempunya 9 jenis asid amino yg lengkap untuk keperluan tubuh kita, Ia juga tiada kolestrol, rendah lemak dan kalori
      Badan bekerja lebih kuat untuk mencernakan protein berbanding karbohidrat dan lemak dan secara tidak langsung meningkatkan metabolisma tubuh


      Masih keliru bagaimana ESP Shaklee dapat membantu anda untuk Kurus dan Langsing ?
       
       
      Berikut adalah diantara kandungan ESP Shaklee, jadi saya akan terangkan serba sedikit manfaat yang terkandung dalam ESP Shaklee dan bagaimana anda boleh kurus & Langsing dengan ESP Shaklee.



      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Adakah SHAKLEE dapat membantu anda merawati masalah keputihan?

      Unknown | Saturday, February 15, 2014 | 0Comments |



      Masalah keputihan Wanita merupakan masalah kesihatan yang sering dialami  oleh kebanyakkan wanita. Namun begitu, tidak banyak wanita yang tahu tentang keputihan dan menganggap bahawa keputihan adalah perkara biasa dan tidak berbahaya.Wanita wajib mengetahui tentang keputihan kerana kemungkinan keputihan ini akan menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan wanita.


      Ciri-ciri keputihan:
      Keputihan Fisiologis
      • Merupakan keputihan normal
      • Cairan berwarna jenis
      • Cairan tidak meleket
      • Tidak berbau
      • Tidak gatal
      • Jumlah cairan yang keluar adalah sedikit
      Keputihan Patologis
      • Cairannya kental
      • Berwarna putih susu, kuning dan kehijauan
      • Cairannya meleket
      • Berbau
      • Menyebabkan kegatalan pada vagina
      • Jumlah cairan banyak dan meninggalkan kesan pada pakain dalam
      Punca keputihan adalah:
      • Wanita tidak menjaga kebersihan di sekitar vagina. Jika kebersihan vagina tidak dijaga dengan baik  akan menyebabkan pelbagai penyakit salah satunya adalah keputihan. Hal ini akan menyebabkan kelembapan vagina mengalami pentingkatan  dan akan menyebabkan vagina boleh diserang oleh bateria patogen.
      • Stress. Semua organ tubuh kita di pengaruhi dan dikawal oleh otak, ketika reseptor otak mengalami keadaan stress akan menyebabkan terjadinya perubahan  keseimbangan hormon-hormon tubuh dan boleh dan hal ini akan menimbulkan keputihan.
      • Pengunaan Ubat-ubatan. Pengunaan ubat antibiotik dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan sistem imunasi pada tubuh wanita  dengan ubat antibiotik biasanya akan menimbulkan masalah keputihan.
      • Kulat, parasit, bateria dan virus. Kulat Monilia mempunyai ciri-ciri warna putih susu, cairan pekat, sangat berbau, dan berasa gatal di sekitar vagina. Hal ini menyebabkan vagina akan mengalami radang dan kemerahan.
      Cara mengatasi keputihan adalah:
      • Hindari pengunaan sabun atau pembersih vagina yang mengadungi bahan kimia kerana kimia boleh mengubah keasidan normal sehingga dapat menimbulkan pelbagai kesan.
      • Gunakan air yang bersih untuk membasuh dan membilas vagina setelah selesai membuang air.
      • Hindari penggunaan seluar dalam yang ketat kerana boleh menganggu pengaliran udara masuk.
      • Kurangkan pengambilan minuman dan makanan yang banyak gula, beralkohol, seperti soft drink kerana akan menyebabkan pembiakkan Kilat Candida.
      • Mestilah memgambil makan yang mengadungi nutrisi yang lengkap.
      • Hindari pengunaan patyliner yang berbau wangi.
      • Hindari stress.
      Penyelesai masalah ini ialah dengan pengambil Alfalfa Complex sebagai suplemen tambahan kerana Alfalafa Complex merupakan  ”Raja Segala Tumbuhan” dan sebagai anti-bakteria & anti-viral.Disamping itu boleh menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol. Alfalfa Complex juga turut membantu dalam mengatasi masalah keputihan, masalah kencing tidak lawas, sembelit, alahan, masalah penghadaman dan mencegah atritis.





      Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       

      Zahra Amani Official Blog