Nov 20, 2014

Permulaan hari dengan SENYUM...Rahsia SENYUMAN

Unknown | Thursday, November 20, 2014 | 0Comments |
share dari link fb ~Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia

Mulakan harimu dengan senyuman...Rahsia senyuman...

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Senyum..tak perlu kata apa-apa.. 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Siapa yang Sesuai Mengambil Nutriferon?

Unknown | Thursday, November 20, 2014 | 0Comments |
Salam ceria semua. Hari ini saya nak cerita tentang Nutriferon. Siapa yang sesuai mengambil Nutriferon? Jom kita baca.....




Setiap hari sepanjang masa (24 jam x 7 hari) tubuh kita sentiasa terdedah dengan ancaman dari jutaan mikroorganisma berbagai-bagai jenis sama ada ianya baik atau sebaliknya.Oleh sebab itu kita perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan ketahanan tubuh kita supaya tidak mudah diserang dan mengakibatkan demam atau jangkitan yang tidak diingini.

Shaklee Nutriferon ialah granules dari sumber tumbuh-tumbuhan,yang berfungsi menggalakkan INTERFERON untuk menyokong sistem imun kita.






Apa itu Interferon?


 



Sejenis protein yang dihasilkan badan untuk melindungi sel dari serangan VIRUS.
Interferon ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Setelah membuat selama 40 tahun, Dr. Kajima berjaya membangunkan Interferon semulajadi , satu-satunya di dunia iaitu Shaklee Nutriferon. Info lanjut mengenai Nutriferon sila klik di sini.


Kebaikan utama Nutriferon ialah:

  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
  • Melawan kanser dan tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang immunoglobulin melawan sel tumor dan kanser. Ia juga mengurangkan ketidakselesaan semasa dan selepas rawatan kimoterapi.
  • Melindungi dari influenza - termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza
  • Mengurangkan stress dan kelesuan
  • Melambatkan penuaan - formula Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag yang mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
  • Mengurangkan infeksi pesakit Hepatitis B & C
  • Mengurangkan masalah berkaitan Menopos
  • Mengurangkan PMS - terbukti secara klinikal mengurangkan simptom semasa haid, akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit pyudara, jerawat dan mood swing.

Siapa yang sesuai mengambil Nutriferon?

  • Mereka yang mengalami masalah alahan seperti resdung, asma dan selsema
  • Mereka yang ingin mengurangkan simptom kimoterapi
  • Pesakit Hepatitis B dan C
  • Wanita yang menopos
  • Wanita yang mengalami masalah PMS
  • Warga emas
  • Mereka yang selalu sibuk, kurang tidur dan stress
  • Mereka yang suka travel atau melancong ke luar negara

Nutriferon terbaik untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Boleh diambil seminggu sekali dan setiap hari jika perlu. Bagi individu yang sering sakit-sakit, demam-demam boleh cuba ambil nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan anda. Sangat berbaloi..
 
 
Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 16, 2014

Sakit Migrain Hilang : Selamat Tinggal Pain Killer dan Paracetamol

Unknown | Sunday, November 16, 2014 | 0Comments |
Migrain memang sakit.
Sangat sakit. Orang yang sakit migrain sahaja yang tahu macamana sakitnya. Rasa macam nak hantuk-hantuk kepala.

Sakit migrain biasanya serang sebelah kepala sahaja. Ada yang kena migrain sampai 2 jam, ada yang kena paling lama sampai 3 hari. Satu kerja tak boleh buat. Selagi tak makan pain killer dan paracetamol, selagi tu migrain tak hilang.

Menurut Dr Zubaidi, Migrain ni ada kaitan dengan keturunan sebab kebanyakan yang ada migrain kata ibu dan ayah mereka pun ada migrain.





Selamat Tinggal Pain Killer dan Paracetamol
Bukannya elok pun makan pain killer dan paracetamol untuk migrain. Lega sekejap aje pun. Dan kalau makan kerap, boleh effect buah pinggang.

Ada satu artikel dalam majalah iSihat, edisi ke berapa saya tak ingat. Ada seorang sportman yang kena sakit buah pinggang sebab kerap sangat makan pain killer sebab migrain. Aktif bersukan tapi masih kena sakit.

Ada cara nak kurangkan serangan migrain. Tanpa ubat tau. Memang berkesan.
Tak percaya?
 

Boleh tengok testimoni ini.




CoqHealth dan migrain

Melalui blog Dr Zubaidi, ada satu kajian menarik tentang Coq10 dan migrain. 

Dalam satu jurnal, beberapa orang saintis dari Jabatan Neurology, Cincinnati Children's Hospital Medical Care, Amerika Syarikat telah memberikan hipotesis bahawa sakit kepala migrain boleh disebabkan oleh kurangnya coq10 dalam badan.

Dari blog vitguide.com, Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam migrain dan sakit kepala.



Apa itu Coq10?

Coq10 ni macam enzim, Dia dibina dalam badan dan berkurang mengikut usia. Tapi, kita boleh dapatkan dari makanan juga. Kurangnya coq10 dalam badan boleh jadi punca sakit kepala.
 
 
Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya.

Pada usia 40 tahun, jantung kita haya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20. 


Cadangan produk Shaklee lain untuk migrain adalah:


Dapatkan COQHEALTH PLUS (RM124 sahajaanda HARI INI.
Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 15, 2014

3 Sebab Anda Rugi Jika Tiada Walau Sebotol Omega Guard di Rumah

Unknown | Saturday, November 15, 2014 | 0Comments |
Ayat power tu. Anda mungkin nampak tajuk ini seperti mengarut, tetapi di akhir entri ini pasti anda ingin membeli bukan 1 botol, tapi berbotol-botol omega ini.

Anda pasti rugi
Anda sangat rugi.
Omega Guard adalah minyak ikan terbaik yang ramai tak tahu kelebihannya. Walaupun nampak macam sama dengan jenama lain, tetapi Omega Guard sangat berbeza.

Bila tak kenal, maka tak cinta, dan tak teruja nak beli.
Jadi, di sini saya nak senaraikan 5 sebab anda rugi tahap tertinggi jika tiada sebotol pun Omega Guard di rumah.

Pasti rugi.





Sebab #1:Omega Guard Mesra Sekeluarga. 


Apa pasal pula mesra?

Haa. Kalau web tu dikatakan mesra pengguna, maksudnya ia disukai pengguna kerana mudah digunakan. Jadi, bila Omega Guard ni mesra sekeluarga, ia memang digemari seluruh ahli keluarga.

Dari ibu, ayah, mak, nenek, anak, dan tak terlepas anak dalam kandungan memang boleh dapat kebaikannya:

Ibu hamil / menyusu : untuk kecerdasan minda anak dalam kandungan
Ayah : untuk tenaga dan rendahkan paras kolestrol, kurangkan buncit
Anak Dara : Omega 3 boleh elak pembentukan prostaglandin yang jadi penyebab senggugut
Kanak-kanak: Tingkatkan kecerdasan otak/minda
Atok dan nenek : Sebagai pelincir dan elak keradangan pada sendi yang sakit
 Abang Obesiti : Boleh kurangkan berat badan.

Wow. Memang mesra sungguh Omega Guard ni.



Sebab #2 : Menjimatkan

Saya biasa dengar keluhan bakal pengguna, "Eh, banyaknya sampai 90 biji, saya nak cuba aje"

Ya. Bakal pengguna ni tak tahu, Omega Guard ni bukan macam ubat. Bila dah di preskrip untuk seorang, orang lain tak boleh makan. Padahal, satu keluarga boleh makan.

Sebotol Omega Guard tak perlu dibazirkan kerana SELURUH ahli keluargaboleh dikongsi bersama. Anak boleh makan, mak boleh makan, nenek boleh makan.

Tiada istilah, nanti tak terhabis dengan sebotol Omega Guard sampai expired. Kan JIMAT tu.

Mula mula nak cuba, tiba-tiba dah habis. Eh. Terpaksa beli 1 lagi.



Sebab #3 : Omega Guard ni lebih istimewa




Haa.. tengok gambar pun dah boleh nampak beza kan? Ini bukan overclaim, ini berdasarkan kajian.

Special tak?
Jom tengok apa lagi KEISTIMEWAAN Omega Guard berbanding produk lain.


7 Beza Omega Guard dengan produk lain adalah:

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpatdari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahayaseperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.



Saya sendiri makan Omega Guard dan berkongsi dengan suami dan anak.Memang best kesannya, lebih seronok bila tengok perut suami dah kurang buncitnya.

Omega guard bukan ubat kurus, ia hanya makanan tambahan, tapi kesannya sangat meluas. Bagusss sangat dengan mereka yang tak terkawal gaya hidup kurang sihat seperti pemakanan tidak sihat dan mudah stress. 


Testimoni Omega Guard










Dapatkan 90biji Omega Guard anda dengan hanya RM136 SAHAJA

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 14, 2014

Mengekalkan Keberkesanan Sel Otak dengan Shaklee

Unknown | Friday, November 14, 2014 | 0Comments |


60% sel otak kita di bina dari lemak. DHA (docosahexanoic asid, sejenis lemak dari Omega 3) membina 15% hingga 20%  cerebral cortex otak kita. Ia banyak terdapat dalam neurons - sel dalam sistem saraf tunjang.

3 cara Omega 3 boleh bantu baiki sel otak yang rosak:

1) Elak sel otak mati
2) Sambungkan semula neuron otak yang rosak
3) Mengaktifkan semula genetik yang bantu lindung sel otak yang rosak


Dapatkan Omega Guard anda HARI INI. 



Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 13, 2014

10 Kelebihan Omega 3, Minyak Ikan Shaklee Adalah Terbaik?

Unknown | Thursday, November 13, 2014 | 0Comments |
Kita banyak jumpa Minyak Ikan yang dikapsulkan. Banyak sangat jenama di pasaran. Tapi tahukah kita macamana nak pilih minyak ikan terbaik?

Banyak spesifikasi yang kita boleh semak supaya minyak ikan yang kita pilih adalah pilihan terbaik.
Shaklee juga adalah menyediakan minyak ikan di panggil Omega Guard Shaklee.



Kelebihan Omega Guard berbanding Brand lain.


1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.


2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran



10 Kebaikan Omega 3 dalam Minyak Ikan Terbaik di Dunia.

Omega 3 digunakan untuk:


1. Kesihatan Jantung dari Omega 3

Beberapa kajian membuktikan kebaikan Omega 3 adalah untuk mengelak dan merawat sakit jantung. Lemak baik ini boleh merendahkan paras keradangan (inflammation), merendahkan triglycerides dan mengelakkan darah tersumbat yang boleh membawa maut.


2. Tekanan darah tinggi

Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.


3. Diabetes.

Pesakit diabetes mempunyai triglyceride(lemak dalam darah) yang tinggi dan paras HDL rendah. Omega 3 dari minyak ikan boleh merendahkan paras triglycerides dan Apo proteins (petanda untuk diabetes) dan meningkatkan HDL, makan mengambil supplement minyak ikan boleh membantu pesakit diabetes. Namun, pesakit diabetes Jenis 2 boleh mengalami peningkatan gula dalam darah apabila mengambil minyak ikan dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


4. Barah Payudara

Walaupun beberapa pakar tidak setuju, wanita yang mengambil Omega 3 dalam beberapa tahun mungkin kurang risiko mengidap barah ini. Kajian terperinci perlu dibuat untuk mengenalpasti adakah Omega 3 membantu mengelakkan barah ini.


5. Barah Prostat

Satu kajian terhadap tikus yang telah dikenakan genetic barah ini. Pemakanan yang tinggi Omega 3 boleh melembabkan pembentukan tumordan perkembangan sel barah dan meningkatkan peluang untuk sihat. Namun, kajian ini belum disahkan ke atas manusia.


6. Barah Kolon(usus)

Kebaikan Omega 3 boleh mengurangkan risiko terkena barah ini. Sebagai contoh, orang Eskimo, mempunyai pemakanan tinggi Omega 3 dan mereka mempunyai risiko mempunyai barah ini yang sangat rendah.


7. Senggugut

Kajian terkini menunjukkan Omega 3 boleh mengelak pembentukan prostaglandins. Prostaglandins menyebabkan senggugut dalam uterus.


8. Ibu mengandung dan menyusukan anak.

Kebaikan Omega 3 kepada wanita mengandung dan menyusukan anak adalah pada pembentukan otak bayi. Ia meningkatkan paras IQ.


9. Keguguran

Pengambilan ikan dan suplemen omega 3 boleh mengurangkankebarangkalian keguguran berulang atau dikenali simdrom antiphospholipid.


10. Tekanan


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 12, 2014

Siapa perlukan Omega Guard Shaklee?

Unknown | Wednesday, November 12, 2014 | 0Comments |

Semua golongan dan peringkat umur boleh mengambil Omega Guard Shaklee.. Untuk kanak-kanak pula bermula, seawal usia dari 1 tahun ke atas.. Antara golongan yang digalakkan mengamalkan Omega Guard ialah:-



1. Golongan ibu yang sedang hamil
– Membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan

2. Golongan ibu yang sedang menyusu
– Menguatkan sistem imunisasi bayi sekaligus membantu perkembangan otak bayi melalui khasiat susu ibu

3. Golongan kanak-kanak yang sering sakit
– Menguatkan sistem pertahanan badan terutama kanak-kanak yang mengidap asma dan sering demam dan batuk

4. Golongan yang ingin turun berat dan diet
– Omega 3 meningkatkan paras hormon leptin yang mengawal selera makan dan memberikan rasa kenyang..

5. Golongan kanak-kanak ADHD
– Dapat membantu memperbaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif dan meningkatkan tumpuan

6. Golongan orang tua yang mengindap Alzheimer
– Meningkatkan kandungan lemak asid omega 3 yang rendah di dalam darah

7. Golongan yang mengalami masalah paras kolestrol yang tinggi, kerap batuk, stroke dan sebagainya
– Asid lemak omega 3 membantu meningkatkan kesihatan yang lebih baik dan berpanjangan

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 11, 2014

12 Kebaikan Air Lemon yang Semua Orang Kena Tahu.

Unknown | Tuesday, November 11, 2014 | 0Comments |

Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkaliyang boleh membuang asid berlebihan dalam badan. Untuk membuat air lemon yang segar, Lemon segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau dengan gula atau madu. Mudah kan?


Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.




Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:


1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.


2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.


3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.


4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.


5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.


6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.


7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 


8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantumenghadam lemak degil. 




9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.


10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.


11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.


12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 10, 2014

7 Cara Mengurangkan Sakit Ketika Kedatangan Haid (Senggugut)

Unknown | Monday, November 10, 2014 | 0Comments |
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermaksud pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan lain-lain masalah sakit puan. 



Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan senggugut:

1. Amalkan sikap positif dan bertenang.

Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara yang menyenangkan cikpuan. Banyakkan berzikir dan berdoa.

2. Banyakkan Berjalan, Kekal Aktif

Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tidak haid dan meneruskannya ketika haid kerana ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid. Sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.

3. Awasi Garam dalam Makanan

Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.

4. Gunakan pad pemanas

Pad pemanas boleh dibeli di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Cara yang lebih murah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuaman. Cik puan juga boleh mandi air hangat/suam untuk mengurangkan kesakitan. 

5. Urut

Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Cik puan juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

6. Minum air suam. 

Elakkan ais dan minuman sejuk, pilih air suam. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum selepas ia suam. 

7. Berjumpa doktor

Berjumpa doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid dan jangkitan kuman pada otot pelvik.

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Nov 9, 2014

Senggugut Ketika Haid

Unknown | Sunday, November 09, 2014 | 0Comments |
Masalah senggugut ketika haid adalah masalah yg kerap kita dengar di kalangan wanita sewaktu dalam umur produktif. Kesakitan yg dialamami ada kalanya boleh mengganggu aktiviti seharian seseotrang wnaita yg mengalaminya.







Kesakitan senggugut bukan sekadar rasa sakit atau cramp di sekitar perut sahaja; malah ada sesetengahnya sehingga mengalami rasa pening kepala, mual dan muntah-muntah.



Apakah punca senggugut ketika haid?

Senggugut berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim yg berlebihan sewaktu haid. Intensiti pengecutan rahim ini disebabkan oleh hormon yg dikenali sebagai prostaglandin. Namun, sebenarnya ia bukanlah suatu keadaan yg buruk. Ini kerana kontraksi yg dipacu oleh prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel mati; iaitu ovum-ovum yg tidak disenyawakan sebelum haid terjadi.




Adakah supplement yg boleh membantu meredakan senggugut ketika haid?

ADAAAAA.. GLA Complex & Ostematrix Shaklee boleh membantu melegakan masalah senggugut ketika haid ini.






GLA Complex yg mengandungi Gamma Linelonik Acid yg tinggi daripada ekstrak Bunga Borage, Vitamin E dan minyak biji bunga matahari mampu mengawal selia hormon wanita terutamanya ketika haid. GLA Complex juga mampu mengurangkan simptom PMS terutamanya seperti senggugut dan mood swing serta sakit di sekitar payudara.




Ostematrix Shaklee pula yg mengandungi kalsium, magnesium & vitamin D boleh mambantu melegakan rasa kejang/cramp yg dirasai di sekitar perut sewaktu senggugut. Malah, magnesium di dalam pil ini juga mampu memberikan sensasi relaks kepada sesiapa yg mengambilnya.

Anda mengalami masalah senggugut ketika haid? Jom legakannya! Dah ramai yg berjaya mengatasinya dengan GLA Complex & Ostematrix Shaklee di luar sana! Hubungi saya SEKARANG!0162731271


Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog