Feb 10, 2014

Kafein : Kesan Pada Penyerapan Vitamin

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Kafein adalah sebahagian daripada hidangan sarapan pilihan ramai. Ramai juga yang mengambil vitamin setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa mengambil vitamin dan secawan kopi atau teh pada masa yang sama boleh mengganggu penyerapan banyak nutrien yang diperlukan oleh badan.

Kalsium

Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil (satu cawan kopi) 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun selepas beberapa jam pengambilan kafein. Satu kajian kepada wanita putus haid mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein kehilangan lebih kalsium di tulang belakang berbanding wanita yang kurang mengambil kafein.

Kafein juga menghalang jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah yang disimpan oleh tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang mengelakkan kafein atau minuman dalam jumlah yang sederhana (1 - 2 cawan sehari).

Vitamin D

Kafein menghalang reseptor vitamin D, dengan menghadkan jumlah yang akan diserap. Kerana peranan vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, ini juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko untuk osteoporosis.

Zat Besi

Kafein mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan, yang merupakan sumber penting untuk penghasilan sel darah merah. Menurut
Nutrition Desk Reference, pengambilan kafein dan zat besi pada masa yang sama boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Mana-mana minuman yang mengandungi kafein perlu diasingkan daripada makanan yang mengandungi zat besi atau zat tambahan sekurang-kurangnya satu jam.

Vitamin B

Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu meningkatkan pembuangan air kencing. Vitamin larut air, seperti vitamin B, boleh hilang akibat kehilangan cecair dalam badan. Di samping itu, ia mengganggu metabolisma beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Namun begitu, kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap vitamin B12.

Vitamin dan Mineral lain

Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral seperti magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu vitamin A menjalankan fungsinya pada badan.

Sumber Kafein

Kopi dan teh adalah sumber kafein yang jelas . Walaupun ada penghasilan minuman nyah-kafein
(decaffeinated) juga sebenarnya mengandungi sedikit sisa kafein. Sumber-sumber lain termasuk minuman ringan, coklat, koko dan beberapa minuman tenaga. Sesetengah makanan tambahan dan ubat-ubatan, yang mempunyai kandungan ubat penahan sakit untuk sakit kepala, mengandungi kafein anhydrous, yang kering dan dalam bentuk serbuk. Makanan tambahan yang menggunakan bahan semulajadi yang dipanggil guarana, juga satu lagi bentuk kafein.

Satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan anda secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor-faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum.
 

 

 

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog