Nov 24, 2014

DTX Complex khas untuk membantu pesakit hati dan hepatitis

nurul ain | Monday, November 24, 2014 | 0Comments |
Harini saya nak kongsi sedikit info mengenai DTX Complex, supplemen untuk hati..
Apakah gejala-gejala yang ada pada mereka yang punya masalah hati?


  1. Keletihan melampau
  2. Mata menjadi kuning
  3. Air kencing berwarna gelap
  4. Rasa loya dan muntah-muntah tanpa sebab
  5. Hilang selera makan
  6. Kulit mengalami gatal/kemerahan
  7. Perut membesar-disebabkan hempedu tidak dapat menghadamkan lemak dan kolestrol
  8. Najis berwarna pucat seperti tanah liat


Golongan yang berisiko mempunyai masalah hati

Secara umumnya...

Satu fakta yang saya perolehi dari seorang nutritionist, katanya mereka yang selalu tidur lewat malam(2 pagi ke atas) cenderung mempunyai masalah hati kerana katanya apabila tidur terlalu lewat setiap malam, hati tidak dapat melakukan proses detox, iaitu proses pembuangan toksin.
Orang yang selalu travel ke merata tempat mudah terkena infeksi(racun/toksin) yang boleh menyebabkan masalah hati.


Penyakit hati juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis C, Hepatitis D

Golongan yang berisiko mengidap penyakit hati (Hepatitis A) ialah:

  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
  • Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
  • Hubungan seks sesama lelaki.

Penyakit hepatitis B adalah yang paling banyak dialami di Malaysia. Ia boleh merebak melalui cecair tubuh seperti darah atau air mani.

Mereka yang berisiko mengidap penyakit Hepatitis B ialah:

  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.

Penyakit hepatitis C pula agak jarang berlaku di Malaysia. Ia lebih kurang sama dengan cara merebaknya hepatitis B iaitu melalui darah dan air mani. Walaubagaimanapun, mereka yang berisiko mengidap penyakit hepatitis C ialah:

  • Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)

(Sumber: Myhealth)

-------------------------------------------------------------------------------------------------


DTX adalah suplemen yang dapat membantu menghasilkan protein yang membantu dalam proses regenerasi sel hati dan mengekalkan pengaliran hempedu yang normal.

Bersihkan hati dengan DTX Complex
Sumber: Mommy Lyna Noh

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.

Antara fungsi hati adalah:

  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak. 





Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.

Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.

Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.





Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

  1. Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
  2. Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu
  3. Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit
  4. Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan
  5. Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung
  6. Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!
Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog