Feb 10, 2014

Adakah Jantung kita OK???

Unknown | Monday, February 10, 2014 | 0Comments |
Kelebihan dan Kebaikan CoQ10Ramai yang belum mengetahui keperluan CoQ10 kepada fungsi tubuh badan kita. Enzim yang boleh dihasilkan oleh badan ini sebenarnya banyak manfaatnya. Kebanyakan kajian mengenai kelebihan dan kebaikan CoQ10 telah memberi tumpuan kepada kesihatan jantung , namun terdapat kajian yang menekankan kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada kesihatan tubuh badan yang lain.

1. Merawat penyakit mitokondria

CoQ10 digunakan untuk merawat penyakit mitokondria. Walaupun jarang berlaku, pesakit yang tidak mampu menghasilkan cukup CoQ10 boleh mengalami penyakit mitokondria dan penyakit metabolik lain. Kandungan CoQ10 yang diperlukan perlu ditetapkan oleh doktor untuk mengelakkan masalah lebih serius seperti masalah penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati dan penyakit buah pinggang , penyakit pernafasan dan banyak lagi.

2. Menggalakkan kesihatan Jantung

Banyak bukti menunjukkan mereka yang mempunyai kegagalan jantung mengalami kekurangan CoQ10 dan kepekatan plasma CoQ10 dalam darah adalah penentu jangka hayat akibat kegagalan jantung. Pengoksidaan LDL dipercayai adalah penyebab utama serangan jantung dan strok dan ubiquinol (satu bentuk Koenzim Q10, CoQ10 ) dalam LDL manusia memberikan perlindungan terhadap proses pengoksidaan , melindungi jantung yang sihat.

3. Mencegah Migrain

Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan kurang diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam masalah migrain dan sakit kepala.

4. Meningkatkan Tenaga

Kajian telah menunjukkan CoQ10 banyak membantu kepada mereka yang mengalami sindrom keletihan kronik. Ini kerana keletihan yang kronik merupakan gejala kegagalan mitokondria , CoQ10 membekalkan tenaga yang diperlukan untuk mitokondria dan fungsi tubuh.

5. Merendahkan Tekanan Darah

Ujian klinikal pada tahun 2007 mendapati bahawa CoQ10 adalah sama seperti ubat-ubatan tradisional dalam merawat tekanan darah. Ia merendahkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang merosakkan seperti ubatan moden yang lain.

6. Mengurangkan keradangan

Kajian pertama mengenainya dilaporkan pada tahun 2004 dan disiarkan dalam majalah Lancet ,di mana satu kajian menunjukkan bahawa apabila digabungkan dengan vitamin E semulajadi , Koenzim Q10 atau CoQ10 boleh mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif - dua elemen penting dalam perkembangan dan pembangunan penyakit vaskular.

7. Memperlahankan perkembangan penyakit Parkinson

Kajian tentang keberkesanan CoQ10 bakal menjadi satu kejayaan perubatan utama pada masa akan datang , di mana kajian pada tahun 2002 ke atas pesakit Parkinson yang mengambil 1400mg CoQ10 harian mendapati CoQ10 memperlahankan perkembangan penyakit sebanyak 44 %. Fasa 3 kajian ini dibuat pada tahun 2011. Hasil dari kajian ini mungkin membantu merawat pesakit Parkinson di peringkat awal.


8. Untuk pesakit yang akan menjalani pemindahan jantung

Satu lagi kelebihan CoQ10 adalah ia boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan pesakit dalam persediaan untuk pemindahan jantung. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati, dengan membekalkan CoQ10 kepada pesakit pemindahan jantung, ia membawa kepada peningkatan yang ketara terhadap kefungsian, simptom dan kualiti hidup.

sumber: http://www.vitguide.com/coq10-benefits/

 
Tanda-tanda awal serangan jantung
 
 

 
Menyedari bahaya serangan penyakit jantung, Shaklee menawarkan produk terbaru untuk kesihatan jantung anda iaitu CoQHealth Plus. Hanya satu kapsul untuk sehari.
 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:


SMS/ WhatsApp/ Call 016-273 1271 (Nurul Ain)

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog