Feb 13, 2014

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Unknown | Thursday, February 13, 2014 | 0Comments |
Memandikan bayi adalah perkara yang begitu penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bayi tersebut. Kebanyakkan ibu bapa suka menggunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab mandi. Anda perlu cucikan dahulu kemaluan bayi depan dan belakang dengan menggunakan air mengalir supaya apabila masukkan bayi ke dalam tab mandi air di dalam tab mandi tersebut tidak menjadi air najis, kesan daripada kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Ibu bapa mestilah memainkan peranan penting untuk mandikan bayi mereka iaitu ketika bayi berusia sehari sehingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. Ibu bapa juga mestilah mengetahui adap mandikan bayi mereka.




Antara adap-adap mandikan bayi baru lahir adalah seperti berikut:
  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Kemudian gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakang bayi secara perlahan-lahan kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik kebahagian punggung bayi.
  3. Belaian dan gosokkan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Hal ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
  4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan supaya air tidak mengalir masuk ke lubang telinga bayi. Semasa menyiram air di belakang kepala ke bahagian dahi , tangan digunakan untuk menggosok dahi bayi.
  5. Sebaiknya teruskan memandi bayi dilakukan oleh bapa. Sambil mandikan bayi hati berzikir “Ya Latif” “Ya Hadi”
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana hal ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembab seterusnya boleh meyebabkan bayi selesema atau terkena jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir dilakukan di atas dada bayi hingga ke bawah. Anda tidak digalakkan menyapu sabun di bahagian depan tubuh bayi kerana bimbang ar sabun akan menyebabkan bahagian pusatnya lembab dan seterusnya melambatkan proses “gugur” tali pusat.
  8. Selepas selesai mandi , lapkan seluruh badan bayi dengan mengunakan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala. Sekiranya anda lewat mengelap bahagian kepala akan menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah dan boleh menyebabkan paru-paru bayi menjadi lemah.
     

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog