Feb 13, 2014

Teknik & Posisi "Breastfeeding"

Unknown | Thursday, February 13, 2014 | 0Comments |


Menanti kehadiran bayi adalah suatu pengalaman yang indah bagi pasangan suami isteri yang inginkan zuriat. Banyak perkara yang perlu dilakukan pada waktu ini seperti menyediakan barangan keperluan untuk bayi dan anda serta memikirkan nama untuk bayi yang akan dilahirkan. Tidak ketinggalan juga anda perlu memikirkan tentang cara penyusuan terbaik untuk bakal bayi anda. Selain itu anda juga perlu tahu penyusuan bayi dengan susu anda sendiri banyak memberi faedah kepada anda dan bayi.
 
Disamping itu juga ibu perlu tahu tentang teknik penyusuan susu ibu yang betul sebelum ibu menyusukan bayi mereka. Hal ini adalah penting untuk keselesaan ibu dan bayi. Berikut merupakan teknik penyusuan susu ibu:
 
 
Kedudukan badan
  • Pastikan anda berasa selesa apabila bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi berda di atas lengan anda.
  • Anda dilarang bersandar jauh daripada bayi anda sehinggakan bayi anda sukar untuk mencapai nipple untuk menyusu dan anda tidak boleh terlalu bongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.
  • Gunakan bantal / kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.
 
Cara mendukung bayi
  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi mestilah berada dalam keadaan selari.
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan dengan puting payudara anda.
  • Bayi mestilah berada rapat dengan ibu , punggung, kepala dan bahu bayi mestilah diampu dengan ibu.
 
Cara memegang payudara
  • Cara yang betul untuk memegang payudara adalah dalam pengangan “C” iaitu ibu jari di atas puting payudara dan jari lain di bawah puting payudara.
  • Cara yang salah iaitu ibu jari dan jari terlunjuk berada di atas putung payudara manakala jari yang lain berada di bawah puting payudara.
 
Cara penyusuan
  • Sentuh bibir bayi dan biarkan mulut bayi terbuka luas
  • Gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
 
Selain itu juga para ibu mestilah mengetahui posisi penyusuan bayi yang betul. Berikut merupakan posisi penyusuan bayi yang anda perlu tahu:
 
 
Posisi dakapan
  • Breastfeeding-positions-Cradle-holdIbu berada dalam keadaan duduk dan badan bayi disokong lengan dan kaki bayi di balut longar.
  • Ibu memangku dan memengang kepala bayi.
  • Pastikan ruang mencukupi tanpa membongkok kepala ibu kehadapan untuk menyusukan bayi.




Posisi baring
  • Bayi duduk dihadapan ibu yang sedang baring mengiring. Seluruh badan bayi melekap dengan badan ibunya.
 
 
 
Posisi beralih payudara
  • Bayi dipangku sepanjang lengan ibu dan ibu boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara dan ibu juga perlu mengawal kedudukan kepala bayi tersebut.
 
 
 
Posisi football hold
  • Posisi ini memerlukan ibu memangku bayi dengan lengannya hal ini bermakna muka dan kepala bayi menghadap payudara.
 
 
 
Sekiranya anda menyusukan bayi anda dengan cara yang betul bayi anda akan:
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Dagu bayi menyetuh payudara
  • Bibir bawah bayi melekup keluar
  • Bayi boleh bernafas
  • Bayi akan mengisap susu secara perlahan
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu

Terima Kasih Sudi Singgah Zahra Amani Official Blog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Zahra Amani Official Blog