Entry kali ni ain nk story pasal ketam…pasal demam denggi…angkara si
NYAMUK..Sekarang ni banyak kes ttg denggi..
Menurut sumber daripada Sinar Harian, 6 kematian
telah dilaporkan akibat serangan denggi dalam dua minggu pada awal tahun 2014.
Difahamkan juga, sejumlah 1,946 kes demam denggi dilaporkan seluruh Negara
dalam tempoh 5 hingga 12 Januari, meningkat 907 kes (87.3 peratus) berbanding
1,039 kes pada minggu sebelumnya.
Huhhh!!, boleh tahan ye serangan demam denggi kali ini. Tahukah anda,
ketam didakwa dapat membantu dalam proses pemulihan daripada denggi ini? Biasanya
kita tau ketam ni masak gulai…tapi yang pastinya ain memang tak suka langsung
dgn ketam...tak boleh langsung baunya..inikan nak makan…langsung la tak pandai nk
makannya..hihi.
Bila demam
denggi je mesti kena makan sup ketam… makan sup ketam je mesti demam denggi … Ketam punyai pelbagai khasiat. Ia mujarab untuk
merawat demam denggi untuk tujuan meningkatkan kadar platelet darah secara
cepat dalam badan.
Pesakit demam
denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam
tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. Dan menurut pembacaan, ada beberapa
kajian yang mengatakan ketam ni mengandungi protein tinggi yang dapat membantu
membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.
Walaubagaimanapun,
uólls kena jumpa en. DR. klu demam berpanjangan…Langkah berjaga-jaga k.. JJJJ
1 comments:
asal demam je mesti akak masak sup ketam....xkisah demam pape pun...huhu sedap
Post a Comment